DUN Mahkota, jangan bincang di media – Mat Sabu

DUN Mahkota, jangan bincang di media – Mat Sabu

Mohamad Sabu menegaskan isu tuntutan DUN Mahkota tidak perlu dibincangkan di media, dan menyeru semua pihak terutama ahli Amanah tumpu pada PRK Nenggiri.

Katanya, tuntutan itu tidak perlu dibincangkan di media memandangkan isu itu masih belum dibincangkan pada peringkat pimpinan tertinggi kerajaan perpaduan.



Saya menyeru semua pihak dalam kerajaan perpaduan terutama ahli Amanah untuk memberikan tumpuan penuh kepada PRK Nenggiri yang sedang dipertandingkan sekarang, katanya dalam kenyataan.

Perselisihan antara pemimpin negeri kedua-dua parti tercetus apabila Amanah Kluang menuntut diberi laluan di DUN Mahkota, susulan kematian penyandang, Sharifah Azizah Syed Zain, pada Jumaat lepas.

Membidas tindakan tersebut, Pemuda Umno Johor menggesa agar tuntutan kerusi dibincangkan.

Justeru, Exco Pemuda Amanah Fadhli Umar Aminolhuda kemudian mengingatkan Pemuda Umno Johor bahawa kerajaan negeri ketika ini tidak dibina sebagai kerajaan perpaduan.



Dalam pada itu, Naib Presiden Amanah Hatta Ramli berkata, gesaan sayap Pemuda itu tidak menggambarkan pendirian parti.

Ini kenyataan Exco Pemuda Amanah, bukan kenyataan Amanah Nasional, katanya.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada Amanah mahu terlibat dalam persaingan tiga penjuru melibatkan Umno, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata: Jelaslah, kami tidak mahu perkara itu berlaku.

Sudah tentu, pendirian (Amanah) adalah kami juga mahu bertanding di kerusi itu, tetapi kami tidak akan buat tuntutan atau beri kata dua, tambahnya.



Ada kerusi yang kita tandingi secara tradisi yang juga ditandingi secara tradisi oleh Umno. Perkara ini akan sentiasa menjadi isu, tetapi ia akan diselesaikan melalui perbincangan pada peringkat nasional. Apa yang diputuskan (pada peringkat nasional) akan diterima oleh semua pihak.

Terdahulu, Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad menyeru semua pihak menahan diri daripada membincangkan perkara itu memandangkan pertikaian kerusi perlu diselesaikan pada peringkat pucuk pimpinan.

BN memenangi DUN Mahkota pada PRN 2022 dengan 16,611 undi dalam pertandingan empat penjuru menewaskan calon Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, dan Warisan.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada 13 Ogos bagi membincangkan pelaksanaan PRK. FMT



DUN Mahkota, jangan bincang di media – Mat Sabu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia tinggalkan saya macam tu sahaja



Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]



Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker