Anwar maafkan META
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima permohonan maaf Meta yang menurunkan kandungan akaun Facebook dan Instagramnya berkait pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh, minggu lalu, kata jurucakap kerajaan.
Fahmi Fadzil berkata, kerajaan berharap kejadian itu tidak berulang dan menegaskan Meta jangan ‘pilih kasih’.
“Perdana menteri memaklumkan bahawa sahabat beliau termasuk berada di Timur Tengah membaca berita tersebut bermaksud ia telah sampai ke seantero dunia.
Jadi perdana menteri terima permohonan maaf itu dan pada masa sama kita harap kejadian seperti itu tak berulang,
kata menteri komunikasi dalam sidang media di kementeriannya.
Semalam, kerajaan menuntut permohonan maaf daripada Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, kerana menurunkan beberapa hantaran media sosial Anwar berkait Ismail.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, tuntutan itu dibuat ketika Fahmi dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Salim Fateh Din bertemu wakil Meta, semalam.
Susulan permohonan maaf itu, kandungan tersebut dikembalikan dengan ‘label berita sebenar yang bersesuaian’, kata jurucakap Meta kepada Reuters, dalam maklum balas emel.
Sementara itu, Fahmi berkata beliau meminta Meta memberikan garis panduan terkini dari semasa ke semasa kerana dimaklumkan ia akan berubah-ubah khususnya mengenai isu geopolitik.
Contoh perkataan syahid juga tidak dibenarkan Meta. Tetapi kami dimaklumkan akibat usaha dipelopori pasukan semalam juga, perkataan syahid tak jadi isu. Satu ketika dulu jadi isu,
katanya.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata cadangan mewujudkan aplikasi media sosial khusus untuk kegunaan rakyat Malaysia bukan keutamaan buat masa ini memandangkan kos tinggi.
Waktu ini kos untuk membina satu platform sangat tinggi. Tidak melihat ia sebagai satu perkara yang menjadi keutamaan waktu ini,
katanya.
Ahad lalu, Fahmi dilaporkan berkata kerajaan akan meneliti cadangan tersebut seperti yang sedang diusahakan beberapa negara.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’
- Aisha Retno tayang perut pulak dah
- Peminat tegur Bella Astillah ‘jual’ lutut lepas balik umrah
- Dua maut ketika merempit di Jalan Persiaran Raja Muda Musa
- Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis
- Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay
- Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada
- ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
- Ahli Bersatu kecewa ‘silap mata’ PAS
- Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor
- Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
- Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
- Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?
- Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya
- Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dia tinggalkan saya macam tu sahaja
Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]
Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]
Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya