Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
Kesedar nafi tak proses beribu lot tanah peneroka
Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
GUA MUSANG: Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan diminta menarik balik kenyataannya yang mendakwa Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) tidak memproses beribu lot tanah diluluskan kerajaan negeri untuk diberikan kepada peneroka.
Pengerusinya, Zawawi Othman, berkata kenyataan itu adalah bersifat fitnah kerana pemberian lot tanah bukan di bawah bidang kuasa agensi itu tetapi Pejabat Tanah dan Galian serta kerajaan negeri.
Katanya, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pemimpin PAS itu sekiranya beliau enggan menarik balik tuduhannya sebelum hari mengundi PRK Nenggiri pada 17 Ogos ini.
“Apa dikatakan Takiyuddin tak betul, itu satu tohmahan dan mungkin jadi satu fitnah. Isu tanah di Sungai Terah, Limau Kasturi, Bertam dan beberapa tempat bawah RPT yang ini, tidak ada kaitan dengan Kesedar.
Kesedar hanya beri sokongan. Ini adalah tanah individu atau peneroka yang memohon kepada pejabat tanah. Kesedar tidak ada apa-apa kuasa meluluskan pemberian geran lot tanah sebaliknya kita hanya agensi untuk membangunkan kawasan tersebut, katanya.
Sabtu lalu, Takiyuddin dalam ceramah di Bertam Baru mendedahkan beribu lot tanah yang sepatutnya menjadi hak milik peneroka tetapi tidak diproses Kesedar.
Antara yang didedahkannya ialah sebanyak 602 permohonan telah diluluskan oleh kerajaan negeri di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Limau Kasturi dan 1,374 permohonan lagi di Sungai Terah tidak diproses Kesedar.
Selain itu, Zawawi berkata Kesedar hanya mempunyai kuasa memberi kelulusan untuk tanah yang dibayar premium iaitu tanah Rancangan Kemajuan Tanah (RKT).
“Ini kita bayar premium tanah kepada kerajaan negeri (bagi proses kelulusan pemberian geran lot tanah kepada peneroka). Bagi tanah RPT Kesedar pula, kita hanya boleh beri sokongan dari segi pembangunan, pemulihan tanah, peruntukan berkaitan jalan dan nasihat kepada peneroka. Itu sahaja.
Antara kawasan yang di bawah RKT milik penuh Kesedar ialah Meranto, Limau Kasturi, Jeram Tekoh, Renok serta Sungai ASAP. FMT
Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama
You must be logged in to post a comment.