Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengarahkan pegawai Meta Platforms Inc (Meta) untuk bertemu dengan beliau bagi memberi penjelasan selepas siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi disekat.
Fahmi berkata beliau sangat kecewa dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Meta menghalang siaran langsung himpunan berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Rafael Frankel (pengarah dasar awam, Asia Tenggara Meta) kamu datang dan jumpa saya. Esok pasukan Meta akan mendengar dari saya bahawa kamu telah gagal, katanya dalam sidang media selepas himpunan berkenaan.
Semalam, Fahmi berkata, Meta memberi jaminan kepada kerajaan bahawa siaran langsung himpunan berkenaan tidak akan disekat atau diturunkan.
Katanya, jaminan tersebut diberikan oleh pegawai tertinggi Meta, bagi memastikan kelancaran siaran langsung tanpa sebarang gangguan bukan sahaja di platform media sosial pemimpin negara, tetapi juga oleh pihak media.
“Saya telah memberi penegasan dan amaran kepada pasukan Meta bahawa malam esok kita akan ada acara ini Himpunan Pembebasan Palestin, akan ada siaran secara langsung dan minta supaya mereka berikan kerjasama.
Saya nak lihat mereka menterjemah untuk ‘walk the talk’ dengan memastikan siaran bukan hanya di Facebook perdana menteri, tapi juga dalam kalangan rakan-rakan media tidak diganggu selama perhimpunan itu berjalan, katanya.
Himpunan Pembebasan Palestin itu adalah bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis di Palestin. FMT
Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama
You must be logged in to post a comment.