Rakyat Malaysia di UK diminta jauhkan diri dari kawasan protes
Rakyat Malaysia di UK diminta jauhkan diri dari kawasan protes
Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom (UK) dinasihatkan menjauhi kawasan protes, sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan daripada pihak berkuasa tempatan.
Kementerian Luar mengeluarkan notis segera kepada rakyat Malaysia di UK hari ini selepas beberapa siri protes yang sedang berlaku di beberapa kawasan berikutan insiden tikam di Southport pada 29 Julai.
Rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London amat digalakkan melakukannya segera bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya, menurut kenyataan itu.
Menurut Kementerian Luar, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 – 46 Belgrave Square, London, telefon +44 20 3931 6196 atau +44 20 7235 8033, atau e-mel ke [email protected].
Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sedang memantau keadaan dengan teliti dan akan berusaha untuk memaklumkan sebarang perkembangan terkini kepada orang ramai. Bernama
Rakyat Malaysia di UK diminta jauhkan diri dari kawasan protes
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama
You must be logged in to post a comment.