Pesawat MAS bawa jemaah umrah berpatah balik ke KLIA

Pesawat MAS bawa jemaah umrah berpatah balik ke KLIA

Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang membawa 259 jemaah umrah ke Jeddah terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lama selepas berlepas dipercayai akibat mengalami masalah mekanikal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu selamat mendarat pada jam 4.56 petang.

Semua penumpang ditempatkan di sebuah hotel dan penerbangan baru mereka dijadualkan pada jam 9 pagi esok, kata kenyataan itu.

Dua laman sesawang penjejak penerbangan menunjukkan pesawat itu berlepas dari KLIA kira-kira jam 3.30 petang dan berlegar di Selat Melaka sebelum selamat mendarat.

AstroAwani melaporkan, pesawat Penerbangan MH156 membawa 259 jemaah umrah dari dua agensi menuju ke Jeddah.

Seorang penumpang mendakwa pesawat itu mengalami gegaran sewaktu berlepas, dan berlegar-legar di ruang udara Malaysia kira-kira dua jam sebelum berpatah balik ke KLIA.

Baru-baru ini dilaporkan dua pesawat Malaysia Airlines membuat pendaratan cemas.

Pada 20 Jun lalu, sebuah pesawat Malaysia Airlines membawa lebih 100 penumpang yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Hyderabad, India akibat masalah enjin.

Pada 24 Jun, sebuah pesawat yang dalam penerbangan ke Bangkok berpatah balik ke KLIA selepas mengalami masalah tekanan udara dalam kabin. FMT

Pesawat MAS bawa jemaah umrah berpatah balik ke KLIA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker