Pemancing maut dihempap pokok tumbang

Pemancing maut dihempap pokok tumbang

Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Lubuk Beriang, Kuala Lipis hari ini.

Mohd Azliana Alias, 54, beralamat di Teras Jernang, Selangor disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lipis pada 1.15 tengah hari, menurut Ketua Polis Kuala Lipis Ismail Man.

Ismail berkata, rakan mangsa Dzulkefli Aman, 44, dari Kampung Yain Kechau, Kuala Lipis pula cedera parah akibat patah kaki kanan dan sedang dirawat di hospital sama.

Lima lagi rakan mangsa yang turut berada di situ terselamat, tambahnya.

Mangsa berkhemah untuk memancing dan bermalam di situ pada 2 Ogos (Jumaat), katanya, lapor Bernama.

“Namun, pada kira-kira pukul 7 pagi (hari ini), sebatang pokok tumbang di kawasan perkhemahan mereka ekoran hujan lebat sejak malam tadi.

Ismail berkata, bomba cawangan Lipis dengan bantuan penduduk kampung berjaya mengeluarkan mangsa pada 11.15 pagi, walaupun menghadapi situasi sukar akibat keadaan jalan berhutan dan berlumpur.

Jarak antara lokasi kejadian dengan jalan utama dianggarkan sejauh 5km, katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba Pahang berkata, seramai 11 anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kuala Lipis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.47 pagi tadi.

Operasi menyelamatkan mangsa turut menggunakan bantuan dua kenderaan pacuan empat roda milik orang awam bersama-sama dua pegawai perubatan Kementerian Kesihatan, katanya. FMT

Pemancing maut dihempap pokok tumbang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker