Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis

Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis

KUALA LUMPUR – Polis memburu seorang pemain bola sepak yang disyaki membawa senjata tajam di KLFA Football Centre, Desa Melati, di sini, semalam yang mencetuskan pertelingkahan ketika perlawanan sedang berlangsung.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya telah menerima laporan tentang insiden itu daripada seorang lelaki berusia 23 tahun pada pukul 2.21 pagi tadi.



Katanya, siasatan polis mendapati semasa kejadian pengadu memaklumkan bahawa berlaku perselisihan faham antara pasukan pengadu dan pasukan lawan di padang.

“Pengadu mendapati pemain dari pasukan lawan telah membawa masuk senjata tajam ke dalam padang dan mengacukan kepada salah seorang pemain daripada pasukannya.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang dilakukan oleh polis bagi membanu siasatan lanjut polis.

“Sementara itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden pergaduhan itu malam tadi” katanya dalam kenyataan hari ini.



Tambah beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sebelum ini media melaporkan seorang pemain bola sepak dari pasukan Farouk FT mencetus kekecohan apabila didakwa telah membawa senjata seperti kerambit dalam satu perlawanan bola sepak.

Selain itu, pemain itu turut didakwa bertindak di luar kawalan dengan menggunakan barangan tajam apabila tercetus pergaduhan antara mereka ketika perlawanan tersebut. MG

Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang



Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik



Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker