Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay

Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay

Penyanyi legenda, Allahyarham Jay Jay selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, di sini, pada jam 11.15 pagi tadi.

Kira-kira 200 ahli keluarga, saudara mara dan kenalan Allahyarham Jay Jay mengiringi perjalanan akhir penyanyi Rindu Bayangan itu.



Antara yang hadir adalah penyanyi Datuk M Nasir, Datuk Hattan, Datuk DJ Dave, Datuk Nash, Zamani Slam dan ramai lagi.

Sebelum itu, suasana hiba di tanah perkuburan sejurus sebelum jenazah Allahyarham tiba untuk dikebumikan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Jay Jay diurus dan disolatkan di Masjid Al Husna, di sini.

Allahyarham Jay Jay, 67, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam tadi.



Berita pemergian Jay Jay atau nama sebenar, Mohd Fauzi Darus disahkan Datuk Hattan selepas dimaklumkan isteri Jay Jay, Zaitoon Wahid.

Hattan berkongsi kulit Allahyarham Jay Jay tampak bersih ketika memandikan jenazah temannya itu, pagi tadi.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 59, berkata dia terpegun ketika memegang kulit arwah yang sangat licin.

“Ketika mandikan jenazah arwah, kulitnya sangat licin dan bersih. Macam kulit budak-budak saya tengok. Bersih betul keadaan arwah, Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Subang Jaya, di sini, tengah hari tadi.



Berkongsi lanjut, Hattan berkata, kali terakhir bekerjasama dengan arwah ketika membuat persembahan di majlis perkahwinan di Kelantan pada Februari lalu.

Show must go on

Sementara itu, penyanyi, Zamani mengakui terkejut mendapat tahu berita pemergian arwah Jay Jay.



Katanya, biarpun agak lambat, dia tetap berkesempatan memberikan penghormatan terakhir kepada arwah di Masjid Al Husna, di sini, pagi tadi.

“Saya sebenarnya terkejut sebab saya baru dapat tahu pagi tadi. Secara kebetulan, saya baru balik menjayakan persembahan di Pahang.

“Jadi, saya terus ke masjid untuk solat jenazah. Kali terakhir, kami bertemu dalam menjayakan persembahan, tahun lalu.

“Arwah sangat baik, tiada kata-kata lain yang saya boleh cakap melainkan beliau sangat baik, merendah diri dan tak pernah meninggi diri. Kita minta ilmu arwah akan bagi,” katanya.



Berkongsi kenangan bersama arwah, Zamani berkata, dia sudah mengenali arwah sejak mula menyanyi.

“Kami sudah kenal lama, sejak saya mula menyanyi lagi. Saya rapat dengan arwah dan banyak menjayakan persembahan bersama.

“Kami pernah berduet menyanyikan lagu Rindu Bayangan dalam konsert, malah arwah banyak beri nasihat dan tunjuk ajar untuk saya perbaiki diri.

“Antara nasihat tak boleh lupa, arwah pernah kata ‘show must go on’. Bila saya tertekan, arwah beri kata-kata semangat. Arwah kata peminat memerlukan saya,” katanya.



Jay Jay hero saya

Maestro muzik, Datuk M Nasir menghargai kemahiran Allahyarham Jay Jay, malah, menganggap beliau salah seorang heronya dalam industri seni.

M Nasir menyifatkan bakat Allahyarham Jay Jay sangat luar biasa.

“Saya kenal arwah sudah lama. Beliau insan yang mahir dalam kerjanya. Kerja rakaman saya semua dilakukannya sejak 20 tahun lalu. Saya hargai bakat seni arwah.

“Sebelum jadi penyanyi, arwah antara hero saya dalam bidang muzik. Kemahirannya sungguh luar biasa. Kali pertama saya tonton arwah secara langsung di Singapura.

“Saya antara peminat dan tunggu arwah keluar serta melambai-lambainya. Arwah juga banyak iringi persembahan dan proses rakaman yang saya lakukan kerana beliau pemain bes yang baik,” katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang di sini, pagi tadi.

M Nasir juga kagum dengan bakat dan karakter Allahyarham Jay Jay yang disenangi penggiat industri seni.

“Arwah ada penampilan tersendiri. Pada saya, beliau antara penyanyi lelaki paling menarik. Arwah ada pakej lengkap dan kemahiran dalam nyanyian. Arwah bukan sahaja penyanyi rakaman profesional, malah, banyak sumbangkan suara dalam bidang pengiklanan.

“Era 1980-an dahulu kebanyakan iklan guna suara arwah,” katanya.

Pernah kena marah

Penyanyi Datuk Nash tidak dapat menahan sebak ketika mengimbau kenangan merakamkan lagu Pada Syurga Di Wajahmu yang juga dikatakan air tangan Allahyarham Jay Jay.

Vokalis kumpulan Lefthanded itu berkata, banyak memori sukar dilupakan ketika merakamkan lagu malar segar berkenaan.

“Beliau adalah seorang insan yang sangat baik. Saya banyak sejarah dengannya, beliau menjaga, mengendalikan dan menjadi penerbit tiga album saya.

“Lagu Pada Syurga Di Wajahmu adalah air tangan arwah. Beliau juga menggubah lagu dan memainkan muzik untuk lagu ini.

“Saya kena marah ketika menyanyikan lagu ini kerana tiada penghayatan pada awalnya.

“Oleh kerana arwah berikan sentuhan sebagai komposer dan penerbit, saya terima hakikat.

“Mulanya, boleh dikatakan saya hampir berputus asa ketika rakaman, arwah beri semangat sebab lagu ini bernada tinggi dan menceritakan kisah rumah tangga.

“Beliau juga memberikan sepenuh jiwanya, Alhamdulillah, lagu Pada Syurga Di Wajahmu menjadi karya sangat hebat. Saya tidak akan lupakan jasanya,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, sebelum pengebumian Allahyarham Jay Jay, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Nash berkata, pemergian arwah adalah satu kehilangan besar buatnya.

“Banyak yang kami kongsi ketika dalam studio rakaman. Saya banyak belajar ilmu dengan arwah. Ilmu nyanyiannya sangat mantap.

“Beliau adalah sahabat, komposer, penggubah lagu dan pemuzik yang baik.

“Kita kehilangan sebutir lagi mutiara dalam industri. Gurau senda, ketawa, marah, semuanya ada.

Kehilangan seorang adik dan sahabat

“Satu kehilangan besar. Saya kehilangan seorang adik dan sahabat yang baik.” katanya.

Demikian luahan penyanyi Datuk Ramli Sarip mengenai sahabatnya, Allahyarham Jay Jay yang menghembuskan nafas terakhir, semalam.

“Saya mengenali arwah antara 30 hingga 40 tahun lalu, pada zaman Carefree dan bekerjasama di Warner Music. Bagi saya, arwah seorang artis yang lengkap dan kemas.

“Di kalangan rakan, kami tahu arwah tak main-main dalam persembahan, waktu, perwatakan dan penampilan, semuanya terjaga. Itu satu benda yang saya selalu ingat mengenai arwah.

“Kami pernah bersama dalam kumpulan Sangkakala selama lebih tiga tahun dan arwah diberi peluang jadi penerbit. Kemudiannya, kami berduet bersama Dayangku Intan.

“Lepas Carefree, arwah tak pandang ke belakang lagi dan dikenali sebagai penerbit, penulis lagu dan lirik,” katanya.

Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker