Khor tak mengaku salah langgar polis

Khor tak mengaku salah langgar polis

GEORGE TOWN – Seorang pekerja kedai perkakasan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan dengan melanggar anggota polis pada Julai lalu.

Tertuduh, Khor Chin Seong, 44, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah dengan cara memecut laju motosikal dan melanggar Konstabel Mohamad Syazwan Alif Mohd Sirah dalam melaksanakan kewajiban rasminya sebagai penjawat awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pukul 8.30 pagi di dalam kawasan Klinik Kesihatan Sungai Dua dalam Daerah Timur Laut pada 30 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Mohd Adi Uzairi Mohd Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Mohd Adi Uzairi menawarkan jaminan RM8,000 namun tertuduh merayu dikenakan jaminan rendah atas alasan pendapatan bulanan hanya RM2,000 selain perlu menyara bapanya.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 11 September depan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh mengaku bersalah atas dakwaan memiliki heroin seberat 10.35 gram di hadapan Hakim, Mohamad Khalid Ab Karim.

Bagi pertuduhan memiliki dadah tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di persimpangan stesen Petronas Relau, Jalan Paya Terubong pukul 10.35 pagi pada 31 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta sama yang mana jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun dan sebat antara tiga hingga sembilan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Asisten Superintendan Siti Hajar Jaafar dan tiada jaminan dibenarkan bagi kesalahan tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 7 Oktober depan sementara menunggu laporan kimia.

Media pada 1 Ogos lalu melaporkan, seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah bertindak melanggar seorang konstabel polis hingga cedera di beberapa bahagian badan semasa Op Tapis Khas di kawasan Klinik Kesihatan di Sungai Dua di sini ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan sehari selepas kejadian tersebut hasil daripada maklumat dan risikan yang dijalankan pihak polis. MG

Khor tak mengaku salah langgar polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker