‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
Pemuda MCA meluahkan rasa tidak senang dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia Steven Sim bahawa kemerdekaan Malaysia tidak lengkap tanpa pembebasan Palestin.
Timbalan ketua pemudanya Jacob Lee berkata kenyataan Sim dalam perhimpunan mega pro-Palestin anjuran kerajaan di Bukit Jalil malam tadi sebagai tidak masuk akal dan mendedahkan “kejahilannya” terhadap sejarah.
“Sim Tze Tzin membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini pada bulan kebangsaan. Adakah beliau tidak tahu bagaimana Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan bagaimana Malaysia dibentuk?” soalnya.
“Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai melalui satu siri perjuangan, rundingan, dan usaha yang sukar. Ini adalah hasil usaha dan perjuangan bersama seluruh rakyat.
“Ketidaktahuannya dan penyelewengannya terhadap fakta sejarah kemerdekaan kita adalah menjengkelkan.”
Sim dalam ucapannya malam tadi berkata kemerdekaan negara ini sejak 1957 tidak lengkap selagi Palestin tidak bebas dan merdeka.
Dia menggesa seluruh rakyat Malaysia mendukung kemerdekaan Palestin kerana perkara yang berlaku di negara Timur Tengah itu isu kemanusiaan.
“Dari 1948 hingga tahun ini, sudah 76 tahun, biarlah generasi kita, zaman kita, masa kita ini, kita akan lihat dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka,” katanya.
Dalam kenyataan hari in, Lee juga mempersoalkan sama ada kenyataan Sim itu mewakili pendirian partinya DAP.
“Adakah DAP bercadang untuk membentuk semula sejarah penubuhan Malaysia dengan memutarbelitkan fakta sejarah seperti ini?” soalnya.
Perhimpunan malam tadi diadakan bagi menyatakan kebersamaan Malaysia terhadap perjuangan Palestin, beberapa hari pembunuhan tokoh pejuang Palestin Ismail Haniyeh di Iran.
Kumpulan bersenjata Hamas menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat dan berikrar untuk membalas dendam. Mk
‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama