Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor

Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor

Pemuda Umno Johor menyifatkan tindakan Amanah Kluang yang menuntut untuk bertanding di kerusi DUN Mahkota susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain sebagai gelojoh dan tamak.

Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata tindakan Amanah Kluang membuat tuntutan secara terbuka itu juga dilihat langsung tidak menghormati sensitiviti keluarga Sharifah Azizah yang baru meninggal dunia akibat pendarahan dalaman.

“Sikap gelojoh dan sifat tamak yang dipamerkan pimpinan Amanah Kluang hanya menzahirkan kiblat kuasa, tanpa meletakkan sempadan nilai simpati dalam amalan mereka berpolitik.

Seharusnya pimpinan Amanah menunjukkan contoh baik dengan menghormati sensitiviti keluarga dan waris (Sharifah Azizah) dengan tidak secara terbuka membuat desakan secara tergopoh-gapah, katanya kepada FMT.

Terdahulu, Ketua Amanah Kluang Mohd Zuhan Mohd Zain menuntut parti itu untuk diberi laluan bertanding pada PRK DUN Mahkota yang akan diadakan nanti.

Katanya, tuntutan itu dibuat kerana kerusi itu pernah dimenangi Amanah pada PRU14 serta mendakwa Pakatan Harapan (PH) dipinggirkan dalam pentadbiran kerajaan Johor.

Sementara itu, Azleen berkata sebarang tuntutan perlulah dilakukan secara perbincangan dan bukannya secara tergopoh-gapah bagi mengukuhkan hubungan semua parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

Kesepakatan semua pimpinan di setiap peringkat kerajaan perpaduan seharusnya menjadi asas dalam usaha kita sama-sama mendapat kepercayaan dan keyakinan seluruh rakyat, katanya. FMT

Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker