Ahmad Maslan beri fakta kepada Amanah Johor

Ahmad Maslan beri fakta kepada Amanah Johor

Seorang pemimpin Umno mengingatkan Amanah tentang suatu persefahaman antara mereka berhubung kerusi pilihan raya, sambil menegaskan fakta bahawa parti itu tewas di DUN Mahkota pada PRN lepas.

Kita sudah ada persefahaman, siapa yang menang tempat itu, mereka akan bertanding. Itu jelas, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Ahmad Maslan ketika ditemui di Bertam Lama petang tadi.



Amanah bertanding PRN lalu, tetapi Umno dapat 16,000 undi, Amanah 11,000. Itu faktanya.

Ahmad mencelah perselisihan antara pemimpin negeri kedua-dua parti berhubung DUN Mahkota, apabila Amanah Kluang menuntut kerusi tersebut.

Pemuda Umno Johor membidas tindakan tersebut dan menggesa agar tuntutan kerusi dibincangkan.

Ahmad berkata, sokongan Amanah akan mengukuhkan kedudukan kerajaan perpaduan.



Kerusi DUN Mahkota diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain, pada Jumaat lepas.

Mengulas perkembangan lain, Ahmad menyifatkan kenyataan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis bahawa beliau meninggalkan Umno kerana DAP sebagai ‘alasan cetek’.

Berhubung dakwaan Jailani ketika berceramah pada PRK Nenggiri bahawa Umno mahu memufliskan beliau, Ahmad berkata, Jailani sedia maklum perjanjian yang beliau tandatangani, yang membawa kepada tuntutan ganti rugi RM100 juta oleh Umno apabila beliau menyertai parti lain.

“Bukan dia tak faham implikasi apa yang dia tandatangan … kita sediakan peguam masa tandatangan perjanjian.



Sebelum mereka tandatangan, kalau ada perkara tak jelas, kita sediakan video … supaya mereka faham, katanya. FMT

Ahmad Maslan beri fakta kepada Amanah Johor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker