Wan Fayhsal dikecam, hasut boikot Himpunan Pembebasan Palestin hanya kerana politik
Pemuda Pakatan Harapan menyelar tindakan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyeru memboikot Himpunan Pembebasan Palestin di Stadium Axiata, malam ini.
Ketua Penerangan Ammar Atan, berkata tindakan itu memperlihatkan sikap hipokrit Wan Fayhsal yang sanggup menyeru memboikot perhimpunan solidariti menyokong Palestin itu hanya kerana perbezaan politik.
“Sebagai manusia yang berprinsip kemanusiaan dan memperjuangkan pembebasan Palestin adalah tidak wajar beliau bersikap tertutup dan bersifat asabiah dalam isu ini.
Beliau seolah-olah merasakan hanya perjuangan beliau sahaja yang benar dan tindakan perjuangan pihak lain termasuk kerajaan adalah salah,
katanya menurut Bernama
Beliau yang juga naib ketua Pemuda Amanah, berkata tidak perlu berhasad dalam hal melakukan kebaikan dan mengajak semua untuk bersama-sama menyertai perhimpunan itu.
Ayuh bersama-sama dalam solidariti malam ini dan tinggalkan segala sengketa politik demi pembebasan Al-Quds Palestina,
katanya.
Dalam satu video tular di media sosial menerusi platform X, memaparkan Wan Fayhsal menyeru memboikot Himpunan Pembebasan Palestin malam ini, sebaliknya meminta orang ramai menyertai himpunan anjuran pertubuhan lain.
Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung hari ini dijadual bermula 6 petang di Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama