Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]

Tangkap layar menunjukkan sebuah van jenazah dilarikan di Kajang.

Orang ramai hari ini kecoh dengan adegan kejar-mengejar di antara pencuri van jenazah dan seorang penunggang motosikal yang dipercayai berlaku di Kajang, Selangor.

Menerusi video berdurasi 23 saat yang dikongsikan di TikTok @PAKLIYY6, ia memaparkan pencuri berkenaan memecut van jenazah terbabit ke jalan raya dan kemudiannya dikejar penunggang motosikal berkenaan sambil menggesanya supaya berhenti.

“Tolong, van jenazah kena curi lepas tu buat ‘job’ (kerja) pecah rumah. Nombor plat van WTK 7726,” tulisnya pada kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata risau dengan kejadian terbabit dan tidak kurang juga yang meninggalkan komen lucu.



“Kawasan Kajang ni memang banyak masalah. Dua tiga kali juga aku lalu sana, ada saja yang kena kejar polis, kena kejar dengan orang taman,” kata @dahmandike.

“Baru aku tahu van jenazah ni laju, aku ingat perlahan ja,” seloroh @Muammad Ammirul.

“Terbaiklah @PAKLIYY6 walaupun kita tak kenal tapi saya tahu anda baik orangnya. Jadilah masyarakat seperti Pakliyy6 kawan-kawan,” @Mohammad syukur.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang



Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik



Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker