Sanusi bidas Veteren UMNO, ‘Nak kata bodoh dah tua’
PAS membidas veteran Umno yang mendakwa parti itu seolah-olah “melacurkan” Mohd Rizwadi Ismail apabila membenarkannya keluar parti dan menyertai Bersatu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor menyifatkan kenyataan yang dibuat veteran Umno itu sebagai ‘tak padan dengan tua’.
“Ustaz Wadi kulit macam saya, (jadi) pelacur mana nak laku. Dia ni (pemimpin veteran Umno) biasa kot (melacur).
“Apa cakap begitu tak padan dengan tua, nak kata bodoh (dah) tua,” katanya ketika ditemui di Renok Baru, Gua Musang, hari ini.
Terdanulu Malaysiakini melaporkan, Veteran Umno melihat PAS seolah-olah “melacurkan” bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang itu kepada Bersatu semata-mata untuk memenuhi nafsu politiknya di Nenggiri.
Setiausaha veteran Umno, Mustapha Yaakub mengingatkan pengundi dan penyokong PAS supaya tidak bersubahat dengan kepimpinan parti itu yang secara terangan menggadai maruah PAS.
“Pengundi dan penyokong PAS Nenggiri dinasihati supaya jangan bersubahat dengan kepimpinan PAS yang telah dengan terang-terang menggadai maruah parti apabila sanggup menjual timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang kepada Bersatu untuk bertanding sebagai calon PN dalam PRK tersebut.
“Perbuatan itu amat hina di sisi Islam dan adat berpolitik PAS yang mengaku sebagai parti politik Islam yang berjuang atas dasar Islam,” kata Mustapaha.
Sementara itu, Sanusi yakin PAS mampu memenangi kerusi Nenggiri dengan majoriti yang lebih Besar dalam PRK kali ini.
“Saya sampai semalam ada beberapa program sambutan mengalakkan dalam suasana Gua Musang saya yakin kita akan mencapai kemenangan lebih besar dari PRN lepas.
“Memandangkan sambutan diterima. Saya yakin majoriti (kemenangan) tidak akan kurang 2,000,” katanya lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama