PRK Nenggiri: Bersatu kurang ‘anak lelaki’ – Takiyuddin
PRK Nenggiri: Bersatu kurang ‘anak lelaki’ – Takiyuddin
Pencalonan bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon mewakili Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri umpama “kakak menolong adik”.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana tindakan Rizwadi keluar PAS direstui pucuk pimpinan.
“Apa yang saya boleh katakan, PAS dan Bersatu adalah dua beradik yang berada dalam keluarga PN.
“PAS adalah kakak, manakala Bersatu adalah adik. Situasi yang berlaku apabila si adik mempunyai ladang, kebun getah yang luas namun kekurangan anak lelaki menyebabkan dia meminta anak daripada kakaknya untuk membantu.
“Manakala bagi pihak kakak (PAS), sudah tentu dia akan membantu apabila adiknya meminta pertolongan. Situasi inilah yang berlaku di PRK Nenggiri,” katanya ketika berceramah di Kampung Bertam Lama, Gua Musang, malam tadi.
Takiyuddin memberi analogi itu sebagai mengulas kritikan terhadap calon Rizwadi yang dianggap sebagai calon dari PAS meskipun dia menyertai Bersatu.
Untuk rekod kerusi Nenggiri dimenangi Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu melalui calonnya, Mohd Azizi Abu Naim yang berpaling tadah.
Susulan itu ada gesaan supaya PAS bertanding semula di kerusi yang diperuntukan kepada Bersatu itu.
Dua hari sebelum pengumuman calon dibuat, Rizwadi bertindak menyertai Bersatu bagi membolehkannya bertanding mewakili PN.
Rizwadi bakal dicabar Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili BN.
“Kita pimpinan PAS sudah merestui Mohd Rizwadi atau Ustaz Wadi menyertai Bersatu dan menjadi calon di PRK Nenggiri memandangkan kami adalah adik beradik,” kata Takiyuddin lagi. Mk
PRK Nenggiri: Bersatu kurang ‘anak lelaki’ – Takiyuddin
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama