PAS seolah-olah lacurkan Rizwadi kepada Bersatu

PAS seolah-olah lacurkan Rizwadi kepada Bersatu

PAS seolah-olah “melacurkan” bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang kepada Bersatu semata-mata untuk memenuhi nafsu politiknya di Nenggiri.

Setiausaha veteran Umno, Mustapha Yaakub mengingatkan pengundi dan penyokong PAS supaya tidak bersubahat dengan kepimpinan parti itu yang secara terangan menggadai maruah PAS.



“Pengundi dan penyokong PAS Nenggiri dinasihati supaya jangan bersubahat dengan kepimpinan PAS yang telah dengan terang-terang menggadai maruah parti apabila sanggup menjual timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang kepada Bersatu untuk bertanding sebagai calon PN dalam PRK tersebut.

“Perbuatan itu amat hina di sisi Islam dan adat berpolitik PAS yang mengaku sebagai parti politik Islam yang berjuang atas dasar Islam.

“Ia boleh ditafsirkan seolah-olah PAS melacurkan Timbalan Ketua Pemudanya kepada Bersatu untuk memuaskan hawa nafsu Bersatu,” katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod kerusi Nenggiri dimenangi Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu melalui calonnya, Mohd Azizi Abu Naim yang berpaling tadah.



Susulan itu ada gesaan supaya PAS bertanding semula di kerusi yang diperuntukan kepada Bersatu itu.

Dua hari sebelum pengumuman calon dibuat, Rizwadi bertindak menyertai Bersatu bagi membolehkannya bertanding mewakili PN.

Rizwadi bakal dicabar Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili BN.

“PAS benar-benar telah menghalalkan cara dan prinsip perjuangannya demi untuk mencapai matlamat politiknya.



“Manakala Bersatu pula merelakan apa saja keputusan yang dibuat oleh PAS demi kemenangan ‘calon jadiannya’ walaupun terpaksa menggadaikan maruah kerana hanya dengan cara itu sahaja Bersatu boleh menang,” katanya lagi. Mk

PAS seolah-olah lacurkan Rizwadi kepada Bersatu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter



Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker