Final Piala FA: JDT akan berentap Selangor FC 24 Ogos ini
ISKANDAR PUTERI: Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) layak ke pentas final Piala FA buat kali ketiga berturut-turut selepas mengetepikan cabaran Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan agregat 5-1 apabila menang mudah 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di StadIum Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Hector Bidoglio akan berdepan Selangor pada 24 Ogos ini dan gelanggang aksi final itu bakal diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam masa terdekat.
Ianya bakal menjanjikan pertembungan yang menarik selepas aksi Piala Sumbangsih yang sepatut berlangsung pada 10 Mei lalu tapi tindakan Selangor FC menarik diri menyaksikan JDT dihadiahkan kemenangan 3-0.
Sebaik babak pertama bermula, JDT hampir mencipta jaringan pada minit ketiga selepas bola sepakan lintang Arif Aiman Hanapi tepat kepada Oscar Arribas yang menanduk bola membuka ruang buat Heberty Fernandes melakukan tandukan susulan tetapi ketangkasan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi menepis bola daripada masuk ke gawang.
Walaupun bertali arus mengasak ke kubu skuad kendalian Nafuzi Zain namun barisan serangan JDT masih belum mampu merungkai jaringan ketika barisan pemain pelawat tampak gemar mengamal corak permainan berkampung di kawasan sendiri selain ketangkasan Kalamullah menidakkan percubaan berbahaya menerusi Bergson da Silva, Fernandes dan Juan Muniz.
Bersambung babak kedua, sekali lagi Kalamullah menidakkan usaha JDT memburu gol pada minit ke-47 apabila bola rembatan deras Muniz yang menerima umpanan Bergson berjaya ditangkap kemas.
Selepas mengasak bertubi-tubi, akhirnya gol yang dicari skuad Harimau Selatan menjelma pada minit ke-50 berpunca daripada situasi bola mati yang dimulakan oleh Arif Aiman melorongkan bola kepada Matthew Davies yang kemudian melambungkan bola di dalam kotak penalti sebelum Feroz Baharuddin menyepak bola leret menewaskan Kamalullah untuk kedudukan 1-0 dan agregat 3-1.
Walaupun anak didik Bidoglio berjaya menambah jaringan pada minit ke-67 namun jaringan yang dilakukan Bergson tidak dikira selepas pembantu pengadil 2, Mohd Junaidy Abd Samad mengesan kedudukan pemain import dari Brazil itu berada di kedudukan ofsaid.
Harimau Selatan melenyapkan sisa perjuangan Sang Kenari apabila Bergson yang begitu kempunan untuk menjaringkan gol kembali menemui sentuhan penyudah pada minit ke-76 apabila menanduk bola masuk menewaskan Kalamullah berpunca daripada bola sepakan sudut Muniz.
Kalamullah yang begitu gah dengan aksi tangkas terutama pada babak pertama bagaikan hilang kecemerlangnya apabila mudah melepaskan gol ketiga buat JDT pada minit ke-82 selepas Muniz yang menerima bola umpanan pemain gantian, Murilo Henrique mudah melencongkan bola tepat ke penjuru kanan gawang bagi memastikan kemenangan bergaya tuan rumah 3-0 dan layak dengan agregat 5-1.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama