Chong Wei bakar semangat Lee Zii Jia, cuba kembali 4 tahun lagi
Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei percaya Lee Zii Jia sudah melakukan yang terbaik di sebalik kekalahannya di separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini.
Terdahulu, impian Zii Jia yang juga pemain nombor tujuh dunia itu untuk memenangi pingat emas lebur apabila tewas di tangan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn 14-21, 15-21 pada aksi di Porte de la Chapelle Arena.
Chong Wei yang juga pemenang pingat perak tiga kali Olimpik, berkata seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan aksi yang ditampilkannya sepanjang temasya kali ini.
“Cuba semula lagi empat tahun (di Sukan Olimpik Los Angeles 2028).
“Kali ini, bawa pulang pingat gangsa dulu. Kunlavut bermain dengan sangat baik,” tulis Chong Wei di laman Instastory miliknya.
Sebagai rekod, Chong Wei adalah pemain perseorangan lelaki terakhir Malaysia yang berjaya mara ke pentas final Olimpik dalam penampilannya pada edisi 2016 di Rio de Janeiro.
Bagaimanapun, dia ketika itu terpaksa sekali lagi berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas di tangan pemain China, Chen Long.
Sebelum itu, Chong Wei turut mara ke final pada edisi 2008 di Beijing dan 2012 di London tetapi kecundang di tangan bintang China, Lin Dan dalam kedua-dua aksi final.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama