PRK Nenggiri: Kepimpinan Ku Li boleh bantu kemenangan BN

PRK Nenggiri: Kepimpinan Ku Li boleh bantu kemenangan BN

GUA MUSANG: Kepimpinan Tengku Razaleigh Hamzah di DUN Nenggiri terletak di bawah Parlimen Gua Musang boleh membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada PRK 17 Ogos depan, kata Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li yang pernah mewakili Parlimen itu untuk tempoh lama sehingga 2022, telah mencadangkan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon.



“Jentera parti akan diselaraskan Ku Li selaku pengarah pilihan raya dan Ahmad Jazlan Yaakub (ketua Umno Kelantan) sebagai pengarah operasi.

Insya-Allah di bawah kepimpinan Ku Li kita yakin penyokong Umno dan pengundi akan terus beri sokongan, katanya selepas proses penamaan calon PRK DUN Nenggiri hari ini.

Mohd Azmawi yang juga ketua Pemuda Umno Kelantan akan berdepan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

Perikatan Nasional (PN) memutuskan menggunakan logo bulan PAS pada pilihan raya kecil itu walaupun Mohd Rizwadi dari Bersatu.



Mengulas lanjut, Zahid yang juga presiden Umno yakin BN mampu merampas semula kerusi itu dengan meletakkan calon memenuhi selera pengundi khususnya anak muda.

“Terima kasih memberi peluang kepada Awi (Mohd Azmawi) ketua Pemuda Umno negeri dan Gua Musang…beliau boleh mewakili kumpulan generasi muda.

Kita tahu mereka berumur 40 tahun ke bawah adalah majoriti pengundi di Nenggiri, beliau boleh jadi wakil bukan hanya pengundi Nenggiri tetapi generasi baharu di Gua Musang dan Kelantan, katanya.

PRK Nenggiri diadakan selepas DUN Kelantan pada 19 Jun lalu mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas dimaklumkan Mohd Azizi Abu Naim bukan lagi ahli Bersatu.



Keahlian Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dihentikan selepas dia gagal mengisytiharkan kesetiaannya kepada parti dan menunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim selaku perdana menteri.

Pada PRN tahun lalu, Azizi menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Umno, bekas Adun kawasan itu dalam persaingan satu lawan satu dengan majoriti 810 undi.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 18 Jun lalu, 20,259 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu melibatkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis. FMT

PRK Nenggiri: Kepimpinan Ku Li boleh bantu kemenangan BN



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang



Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik



Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker