Keluar PAS masuk Bersatu, bertanding logo PAS

Keluar PAS masuk Bersatu, bertanding logo PAS

Muhyiddin Yassin hari ini tampil menyatakan sokongan penuh PN terhadap Mohd Rizwadi Ismail yang dipertaruhkan parti itu untuk mengekalkan kerusi Nenggiri pada 17 Ogos ini dan bertanding menggunakan logo PAS

Dalam kenyataan umum hari ini, Pengerusi PN dan Presiden Bersatu itu berkata bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang terbabit – yang kini sudah menyertai Bersatu – adalah seorang anak muda yang berwibawa.



Katanya strategi Bersatu dan PN meletakkan calon mereka untuk bertanding menggunakan logo PAS juga adalah tepat selepas kriteria tertentu dipenuhi.

Selepas proses penamaan calon berakhir pagi tadi, secara rasmi bermulalah kempen PRK Nenggiri yang mempertemukan Mohd Rizwadi, 41, dengan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundia ialah pada 17 Ogos depan.

Percaturan PN di Nenggiri menarik perhatian ramai seawal hari pengumuman calon di Gua Musang pada 30 Julai lalu. Hal itu kerana, antara lain, dia meninggalkan PAS hanya pada 28 Julai sebelum diterima Bersatu.



Pengumuman calon tersebut pula dibuat Menteri Besar Kelantan merangkap pesuruhjaya PAS negeri itu, Mohd Nassuruddin Daud, walaupun ada pemimpin kanan Bersatu hadir di majlis berkenaan.

Langkah tersebut dilihat sesetengah pihak sebagai memperkecilkan Bersatu.

Nampak sangat PAS mahu bertanding di sana tetapi tidak mahu nampak mengetepikan Bersatu, jadi mereka memilih tektik ini untuk meletakkan calon.

Bersatu pula sebagai parti lemah hanya akur sahaja.



Keluar PAS masuk Bersatu, bertanding logo PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang



Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik



Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker