Wanita mengandung lapan bulan maut jatuh tingkat tiga hospital

Wanita mengandung lapan bulan maut jatuh tingkat tiga hospital

LAHAD DATU: Seorang wanita mengandung lapan bulan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga Hospital Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata mangsa dihantar keluarganya ke Hospital Lahad Datu kerana bertindak agresif.

Mangsa berusia lingkungan 20-an kemudian dimasukkan ke wad untuk rawatan.

“Semalam ketika di wad, mangsa dikatakan cuba terjun dari tingkap wad di tingkat tiga namun dapat dihalang jururawat bertugas.

“Mangsa diberi rawatan dan tangan diikat disebabkan bertindak agresif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dzulbaharin berkata, jam 6.30 petang semalam, ikatan tangan mangsa dibuka selepas diberi ubat penenang dan tidak menunjukkan tanda-tanda agresif.

Jam 7.20 malam hari sama, jururawat bertugas mendapati mangsa tiada di katil lalu membuat pemeriksaan dan menemukan mangsa terbaring di padang tingkat bawah hospital itu.

“Mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan dan Trauma untuk rawatan lanjut. Mangsa seterusnya melalui pembedahan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan yang berusia 33 minggu, namun bayi disahkan meninggal dunia dalam kandungan.

“Mangsa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan disahkan meninggal dunia hari ini,” katanya.

Katanya, tiada unsur jenayah ditemukan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat. BH

Wanita mengandung lapan bulan maut jatuh tingkat tiga hospital

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker