Sofyank mahu hasilkan filem guna teknik VFX

Sofyank mahu hasilkan filem guna teknik VFX

Pempengaruh dan pereka kandungan digital popular, Sofyank, 28, bakal menubuhkan syarikat produksi yang memfokuskan kepada penggunaan teknik kesan visual khas (VFX) masih pada peringkat awal.

Ini berikutan, Sofyank atau nama sebenarnya, Mohamad Sofian Abdullah, berkata dia masih mencari individu berkebolehan yang dapat membantu merealisasikan impiannya dan kini dalam fasa mengumpul bajet.



“Proses menubuhkan syarikat produksi masih belum banyak boleh dikongsi sebab susah untuk menjayakannya.

“Pada masa ini, saya sedang mencari orang yang boleh buat apa yang saya mahukan termasuk pernah bekerja dalam pembikinan filem antarabangsa.

“Saya sedang berhubung dan berbincang, sampai satu masa dan mendapat bajet mencukupi, perlahan-lahan saya akan buka. Namun, saya tak akan buka syarikat besar.

“Mungkin kami akan bermula dengan kandungan berkualiti tinggi, seterusnya menghasilkan filem pendek, kemudian barulah pergi ke produksi lebih besar,” katanya kepada BH Online.



Pemenang pertandingan Ultimate VFX Challenge – Magic of the Month di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) anjuran pencipta video digital terkenal antarabangsa, Zach King itu berkata, dia sudah mula berbincang dengan beberapa individu.

“Untuk senarai pereka kesan khas sudah ada, tapi belum pasti sama ada mereka mahu atau tidak sertai saya. Sekarang, saya sedang dalam proses bertukar idea dan pendapat termasuk melihat skil masing-masing.

“Antara pereka yang saya berbincang adalah individu yang pernah terbabit dengan filem antarabangsa,” katanya.

Sofyank memberitahu, hasratnya itu didorong oleh minat tinggi terhadap pembikinan filem aksi dengan menggunakan VFX.



“Saya lebih meminati filem aksi, tapi dimasukkan elemen kesan khas. Sebagai contoh, bila aksi sedang berlawan, mereka akan berada di udara.

“Saya tak mahu fokus kepada teknologi Imej Janaan Komputer (CGI) atau aksi sepenuhnya, tapi saya mahu gabungkan semua elemen itu.

“Bagaimanapun, ia masih dalam perancangan sebab kos produksi sangat besar dan saya adalah seorang yang sangat kecil dalam bidang ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sofyank bakal bersaing dalam TikTok Awards Malaysia 2024 bagi kategori Creator of the Year bersama Ryan Bakery, Chesayang Kitchen, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra.



Sofyank berkata, dia tetap menyokong calon lain, malah turut berharap ada peluang buat dirinya.

“Saya bersyukur kalau berpeluang menang, tahun ini. Saya juga menyokong calon lain sebab mereka adalah individu yang kreatif dan hebat.

“Kami akan menyokong satu sama lain dan semuanya bergantung kepada rezeki,” katanya.

TikTok Awards Malaysia 2024 bakal disiarkan secara langsung di TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 11 Ogos ini. BH



Sofyank mahu hasilkan filem guna teknik VFX

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker