Shamsul Nasarah wakili Malaysia hadir pengebumian Ismail Haniyeh

Shamsul Nasarah wakili Malaysia hadir pengebumian Ismail Haniyeh

Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri upacara pengebumian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, pada Jumaat.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri Shamsul Anuar akan diiringi oleh Senator Mujahid Yusof Rawa dan pegawai dari Kementerian Dalam Negeri.



Timbalan menteri dan delegasinya menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab di Doha, selepas solat Jumaat.

Haniyeh dikebumikan di Tanah Perkuburan Imam Penubuh di bandar Lusail.

Menurut kenyataan itu, Malaysia menyatakan solidariti terhadap keluarga, kepimpinan, dan rakyat Palestin.

Penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi adalah epitome kehidupan Almarhum Ismail Haniyeh yang telah mengorbankan kehidupan keluarga, dan jiwanya dalam perjuangan menuntut kebebasan, keamanan, dan keadilan ke arah usaha merealisasikan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka, menurut kenyataan itu.



Media Iran melaporkan, Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel menyasarkan kediamannya di utara Tehran, pada kira-kira 2 pagi waktu tempatan, 31 Julai.

Haniyeh berada di Tehran untuk majlis pelantikan presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian. FMT

Shamsul Nasarah wakili Malaysia hadir pengebumian Ismail Haniyeh

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker