Polis tembak mati 4 penculik
Polis tembak mati 4 penculik
Empat lelaki disyaki penculik ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di Skudai, Johor, tengah malam tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Zain, berkata dalam operasi itu, pihaknya menahan empat lagi individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun sekitar Skudai awal pagi ini.
Shuhaily berkata, kumpulan itu disyaki terlibat kes culik seorang lelaki warga China dan wanita tempatan berhampiran Plaza Tol Lebuharaya Maju, Cyberjaya pada 11 pagi 11 Julai lalu.
Katanya, kedua-dua mangsa dibebaskan pada petang 15 Julai di tepi Jalan Pedas-Linggi Negeri Sembilan selepas adik warga China itu membayar tebusan dalam mata wang kripto berjumlah USD1,161,127.00 (RM5,457,290.90) kepada kumpulan berkenaan.
“Hasil risikan dan siasatan, polis berjaya mengenal pasti suspek terlibat dan pada 11.25 malam tadi, polis mengekori seorang daripada mereka yang memandu kereta Perodua Kelisa di Jalan Skudai-Gelang Patah, Johor.
Suspek yang menyedari diekori kemudian melepaskan tembakan ke arah kereta polis dan untuk mempertahankan diri. Polis melepaskan beberapa tembakan menyebabkan suspek berusia 51 tahun itu terkorban, pemeriksaan terhadap kenderaan menemukan sepucuk pistol, katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, menurut Bernama.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki enam rekod jenayah dan pernah dikenakan perintah tahanan bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.
Katanya, tiga lagi ditumpaskan dalam insiden berbalas tembakan di sebuah rumah teres di Taman Emas Skudai pada 12.05 tengah malam tadi.
Menurutnya, polis ke rumah itu dan selepas memperkenalkan diri, tiada individu membuka pintu menyebabkan pasukan berkenaan bertindak memasukinya sebelum beberapa das tembakan dilepaskan dari dalam rumah ke arah mereka.
Berlaku insiden berbalas tembakan dan tiga suspek lelaki berusia 35, 39 dan 45 tahun terkena tembakan dan meninggal dunia di tempat kejadian, pemeriksaan polis di rumah itu menemukan sebilah parang serta dua pucuk pistol, katanya.
Shuhaily berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya mendapati kumpulan berkenaan hanya terlibat satu kes culik dan sedang menyiasat di mana wang tebusan dibayar itu disimpan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan individu mempunyai maklumat mengenai kejadian culik berkenaan dimohon tampil membantu siasatan, katanya. FMT
Polis tembak mati 4 penculik
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama