Pekerja kilang maut dihempap forklift
Pekerja kilang maut dihempap forklift
SEBERANG PERAI – Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang menjalankan siasatan susulan selepas kematian seorang pekerja lelaki akibat dihempap jentera pengangkut (forklift) di sebuah kilang pembuatan di Bukit Mertajam di sini, Isnin lalu.
Menerusi satu kenyataan, JKKP berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa yang merupakan warga asing ketika kejadian sedang menjalankan kerja mengangkat dan memindahkan barang di dalam kawasan logistik kilang berkenaan.
“Bagaimanapun,mangsa dilaporkan dihempap oleh ‘forklift’ yang hilang keseimbangan semasa memindah barang-barang terbabit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Justeru, kita segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan berhubung insiden itu dan satu notis pemberhentian kerja telah dikeluarkan terhadap kilang terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambahnya, majikan diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada Jabatan.
“Dalam pada itu, kita juga akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenalpasti dan lawatan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil,” katanya. K Online
Pekerja kilang maut dihempap forklift
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama