Lawat kuil, JAIPk diarah perjelas, kaji semula modul kursus

Lawat kuil, JAIPk diarah perjelas, kaji semula modul kursus

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diarah memberi penjelasan bagi membetulkan kekeliruan dan salah tanggapan susulan penyebaran klip video mengenai kursus melibatkan lawatan ke sebuah rumah ibadat bukan Islam baru-baru ini.

Dalam kenyataan, Pejabat Menteri Besar Perak berkata pihaknya mengambil berat polemik yang timbul berhubung isu terbabit.



“Polemik tersebut menimbulkan pelbagai kekeliruan, salah faham dan persepsi negatif, terutamanya dalam kalangan umat Islam sehingga menjejaskan reputasi dan nama baik kerajaan negeri serta pihak berkuasa agama Islam termasuk JAIPk.

Dengan ini ditegaskan, kerajaan negeri sentiasa berpegang kepada prinsip ‘maqasid syariah’ dalam melindungi kesucian dan kedudukan Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, katanya.

Pejabat Menteri Besar Perak berkata, pihaknya telah memanggil satu mesyuarat khas pagi ini yang dihadiri pihak Jabatan Mufti Negeri Perak, JAIPk dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi membincangkan isu itu.

Katanya, hasil mesyuarat itu dan atas titah nasihat Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, JAIPk diarahkan mengkaji semula modul kursus berkenaan.



Ini bagi mengelakkan fitnah dan salah faham sehingga menjejaskan nama baik dan kredibilitinya sebagai jabatan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal dan kepentingan umat Islam, katanya.

Selain itu, JAIPk turut diminta mendapatkan pandangan Jabatan Mufti Perak sebelum menganjurkan program seumpama itu pada masa akan datang, serta berunding agar modul, kaedah atau pendekatan lebih sesuai dapat digunakan.

Terdahulu, tular klip video menunjukkan peserta program anjuran JAIPk mengadakan lawatan ke sebuah kuil, menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet.

Dalam video itu, salah seorang peserta turut berkongsi pendapatnya bahawa terdapat banyak persamaan antara agama Islam dan Hindu.



Sementara itu, Umno Perak turut mendesak modul program tersebut dikaji semula bagi mengelakkan fitnah dan salah tanggapan berterusan.

Sekiranya tidak ditangani dengan berhemah, isu berkenaan bukan sahaja akan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, malah boleh mencalar nama baik kerajaan negeri yang sentiasa berpegang kepada prinsip ‘maqasid syariah’ dalam menjaga kesucian agama Islam, katanya. FMT

Lawat kuil, JAIPk diarah perjelas, kaji semula modul kursus

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter



Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker