Koperal, Inspektor cedera dilibas parang penagih dadah
Koperal, Inspektor cedera dilibas parang penagih dadah
TELUK INTAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal putus urat di pergelangan tangan kiri, manakala seorang inspektor cedera akibat dilibas parang ketika bergelut dengan seorang penagih dadah di sebuah rumah di Taman Melati, Padang Tembak, di sini, semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata kejadian berlaku ketika pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, cuba melakukan tangkapan ke atas suspek susulan aduan dibuat salah seorang ahli keluarga lelaki itu pada jam 3 petang.
Beliau berkata, terdahulu pasukan tiba di rumah itu sekitar jam 5.40 petang tetapi suspek berusia 43 tahun itu menghalang mereka daripada masuk untuk membuat pemeriksaan, malah bertindak di luar kawalan dan mengamuk menggunakan sebilah parang sehingga menyebabkan cermin pintu rumahnya pecah.
“Pihak polis terpaksa memotong kunci mangga rumah itu kerana suspek enggan memberi kerjasama walaupun dipujuk.
“Ketika proses penahanan itu, berlaku pergelutan antara suspek dengan polis sehingga mencederakan dua anggota dan pegawai.
“Hasil pemeriksaan perubatan di Hospital Teluk Intan mendapati Koperal Mohd Rasyidi Che Ross luka serta putus urat di pergelangan tangan kiri dan akan menjalani pembedahan, manakala Inspektor Tie Ngie Sieng pula luka sepanjang empat sentimeter di tangan kiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Azizi berkata, suspek yang berjaya diberkas bagaimanapun hanya mengalami kecederaan luaran dan dirawat di hospital sama.
Beliau memaklumkan hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek, polis menjumpai dadah jenis ganja seberat 84.72 gram (g) dan 5.54g methamphetamine.
“Hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetmine.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 326, 324 dan 186 Kanun Keseksaan,” katanya. BH
Koperal, Inspektor cedera dilibas parang penagih dadah
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama