Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
Kumpulan Hamas dikatakan sudah mempunyai pemimpin baru bagi menggantikan Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Teheran, Iran, pada Rabu lalu.
Ketua baru kumpulan Palestin itu dikenali sebagai, Khaled Meshaal, yang terselamat dalam percubaan membunuhnya dengan racun oleh ejen Israel di luar pejabatnya di Amman, Jordan, pada 1997.
Percubaan membunuh beliau itu, yang diarahkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menimbulkan kemarahan Raja Hussein di Jordan.
Malah, baginda berhasrat menggantung pembunuh dan membatalkan perjanjian damai negaranya dengan Israel melainkan penawar racun itu diserahkan kepada pihaknya.
Israel berbuat demikian dan juga bersetuju membebaskan pemimpin Hamas, Sheikh Ahmed Yassin, yang dibunuh tujuh tahun kemudian di Gaza.
Bagi Israel dan negara Barat, Hamas, yang disokong Iran dan mengarahkan pengeboman berani mati di Israel serta sering berperang menentangnya, adalah kumpulan yang bertekad memusnahkan Israel.
Penyokong Palestin pula menyifatkan Meshaal dan seluruh kepimpinan Hamas sebagai pejuang pembebasan daripada penjajah Israel, yang mengekalkan perjuangan mereka apabila diplomasi antarabangsa gagal berbuat demikian.
Meshaal, 68, menjadi pemimpin politik Hamas dalam buangan sebelum Israel cuba menghapuskannya, dan jawatan itu membolehkan beliau mewakili kumpulannya dalam pertemuan dengan pemerintah asing di seluruh dunia.
Sumber Hamas berkata Meshaal dijangka dipilih sebagai ketua utama kumpulan itu menggantikan Haniyeh.
Seorang pegawai kanan Hamas, Khalil al-Hayya, yang berpangkalan di Qatar dan mengetuai Hamas dalam rundingan gencatan senjata Gaza dengan Israel, juga mungkin menerajui tampuk kepimpinan kerana beliau disukai Iran dan sekutunya di rantau ini.
Selain itu, Mohammed Deif, yang dipercayai antara komander kanan Hamas yang mendalangi serangan 7 Oktober lalu di selatan Israel sehingga mencetuskan perang Gaza, turut disebut sebagai calon pengganti Haniyeh.
Khamis lalu, Israel mendakwa ia telah membunuh ketua sayap tentera Hamas itu, namun Hamas belum mengesahkan kematiannya.
Timbalan Deif, Marwan Issa, yang didakwa Israel sudah dibunuh pada Mac lalu tetapi tidak disahkan Hamas, juga antara calon pilihan bagi menerajui Hamas.
Issa, yang digelar ‘manusia bayangan’ oleh rakan-rakan Palestin kerana keupayaannya untuk menjauhkan diri daripada radar musuh, naik ke tanga ketiga dalam kumpulan pejuang Islam itu.
Beliau dan dua lagi pemimpin tertinggi Hamas membentuk majlis tentera tiga orang rahsia yang membuat keputusan strategik.
Seorang lagi calon ialah Yehya Sinwar, yang dibebaskan dari penjara Israel pada 2011 semasa perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas, adalah ketua kumpulan itu di Gaza dan seorang lagi dalang serangan 7 Oktober.
Sinwar dipercayai masih mengarahkan operasi ketenteraan, mungkin dari kubu dalam rangkaian terowong yang luas di bawah Gaza, sambil membuat keputusan penting dalam rundingan tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan.
Beberapa calon lain, Khalil al-Hayya, mahmoud al-Zahar, Mohammad Shabana atau Abu Anas Shabana dan Rawahi Mushtaha dinamakan sebagai calon berpotensi tetapi kedudukan mereka, sama ada masih hidup atau sebaliknya, tidak dapat disahkan. BH
Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
You must be logged in to post a comment.