Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos

Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos

Status keputusan rayuan permohonan UPUOnline universiti awam (UA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh disemak mulai 6 hingga 15 Ogos ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, berkata pemohon boleh melakukan semakan melalui portal UA dan Aplikasi UPUPocket bermula jam 12 tengah hari.

Katanya, tempoh setuju terima tawaran pula boleh dibuat bermula 7 hingga 15 Ogos ini.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa berusaha memastikan mereka yang terbaik mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Ini juga sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak ada pelajar cemerlang yang tercicir dalam konteks kemasukan ke universiti,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mustapha berkata, pihaknya menerima 27,407 permohonan rayuan, namun tempat yang tersedia adalah hanya 9,459.

Katanya, jumlah program yang ditawarkan pula sebanyak 246 dengan 13 daripadanya memerlukan proses temuduga.

“Saya ingin mengingatkan mereka yang menerima tawaran untuk proses temuduga ini mempersiapkan diri dan tampil dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, mereka yang tidak berjaya dalam permohonan rayuan, boleh memohon untuk kemasukan ke bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

“Kita ada institusi seperti politeknik dan kolej komuniti yang menawarkan pengajian dalam bidang TVET.

“Jangan anggap TVET sebagai pilihan kedua kerana TVET ada kebolehpasaran yang tinggi,” katanya. BH

Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker