Kanak-kanak hisap vape akan dapat serangan jantung

Gambar Hiasan

ISU vape dalam kalangan remaja menjadi kebimbangan di seluruh dunia.

Walaupun ada pihak yang lantang menafikan mengenai keburukan kesan daripada penggunaan vape yang disifatkan semata-mata untuk mengaut keuntungan, tetapi ramai organisasi bukan kerajaan (NGO) dan pakar kesihatan terus menentang vape ini dijual secara terbuka.

Sebelum ini, ada kajian dari Public Health England mengatakan 95 peratus vape lebih selamat berbanding rokok, namun ia dikritik hebat oleh pakar kesihatan awam kerana PHE gagal membuktikan misinya untuk melindungi dan memajukan kesihatan awam melalui penerbitan sebuah kajian yang lemah serta dipengaruhi oleh konflik kepentingan penulisnya.

Perkara itu ada kesahihannya kerana apabila digunakan secara terbuka dan tiada kawalan remaja membelinya, tanpa disedari ia boleh mengundang masalah kesihatan hingga boleh membawa maut.



Kajian penyelidik, mendapati remaja yang menghisap vape boleh terdedah kepada kandungan dadah berbahaya, iaitu ‘spice’ tanpa disedari.

Berdasarkan ujian terhadap hampir 600 vape yang dirampas di sekolah, ia mendapati 16.6 peratus daripadanya mengandungi narkotik haram itu

Dadah sintetik dilaporkan mempunyai pelbagai kesan sampingan yang berbahaya untuk pengguna termasuk serangan jantung.

Ia perkara biasa yang membimbangkan, dengan 74 peratus daripada 38 sekolah di England dalam kajian itu mempunyai sekurang-kurangnya satu vape yang mempunyai kandungan spice.



Dipercayai ‘spice’ ditambah ke dalam vape yang dijual kerana ia mengandungi minyak ganja untuk mengurangkan kos.

Kebimbangan itu disuarakan oleh Profesor Chris Pudney, dari Universiti Bath, England, yang mengetuai kajian di mana beliau memberi amaran kanak-kanak boleh mengalami serangan jantung dengan menghisap vape berkenaan.

“Saya percaya ada yang hampir mati kerana guru besar di sebuah sekolah di

Salford, memberitahu ada murid rebah di dalam dewan dan terpaksa mendapatkan rawatan rapi dalam tempoh yang lama.



“Amaran ini turut diberikan kepada ibu bapa kerana penemuan daripada kajian ini bukanlah kejadian yang berlaku sekali saja di sekolah, tetapi sesuatu yang biasa,” katanya.

Susulan itu, Prof Pudney menggesa orang ramai untuk menerangkan kepada kanak-kanak tentang risiko yang dihadapi oleh akibat kandungan ‘spice’ yang terdapat di dalam vape berkenaan.

“Kerajaan juga perlu melihat kepada isu ini sehingga di peringkat nasional.

“Sekolah yang percaya mereka mempunyai masalah dengan vape ‘spice’ ini harus tampil ke hadapan untuk melakukan ujian,” katanya.- AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang



Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik



Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker