‘Kamulah manusia paling tak berhati perut dan durjana’

‘Kamulah manusia paling tak berhati perut dan durjana’

Serabut dengan ‘drama’ murahan, pengarah dan penerbit, Michael Ang menyelar tindakan seorang pensohor media sosial yang sebelum ini didakwa mahu menyebarkan foto intim dan bogel bekas isterinya.

Ujar Michael, 48, perbuatan tersebut sangat melampau dan tidak berhati perut terutama terhadap wanita yang pernah menjadi suri hati hidup lelaki terbabit.



“Tunjuk dan terangkan apa saja, siap pakai ‘white board’, sampai tunjuk ‘footage’ yang diedit untuk pertahankan diri.

“Tetapi nak pertahan diri sampai sanggup nak aibkan dengan gambar bogel orang itu.

“Walaupun gambar itu bersama dengan awak tapi awak sendiri nak sebarkan dengan alasan awak tidak dilihat dalam video tersebut. Ini sangat melampau.

“Apa awak cakap, nak pakai lawyer, rakyat Malaysia dah anggap awak manusia paling tak berhati perut dan durjana,” katanya menerusi Instagram Story.



Isu meleret sehingga mahu saman menyaman, Michael berharap agar kemelut terbabit diselesaikan secara baik selain tidak membuka ruang kepada orang ramai membuat andaian dan menjatuhkan hukuman.

“Benda dalam kain sampai saman menyaman baik diam diri sahaja, jangan buka ruang dekat orang luar buat andaian dan hukuman sendiri.

“Apatah lagi aib yang boleh jatuhkan maruah orang seperti gambar bogel,” jelasnya.

Pun begitu, pengarah drama Suri Hati Mr Pilot itu tidak menyebut nama mana-mana individu dalam hantaran terbabit.



Bagaimanapun rata-rata netizen menganggap hantaran tersebut ditujukan kepada pempengaruh Andika Putera yang sebelum ini menyangkal dakwaan berlaku curang ketika masih bergelar suami.

Sejak semalam tular perkongsian WhatsApp ugutan daripada pempengaruh itu yang mahu menyebarkan video intim dan gambar bogel bekas isterinya. K Online

‘Kamulah manusia paling tak berhati perut dan durjana’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter



Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker