Imane Khelif sah wanita tulen

KUALA LUMPUR: “Imane Khelif adalah wanita sebenar.”

Itu pendapat pensyarah fisiologi di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar mengenai kontroversi petinju wanita Algeria berperwatakan lelaki yang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Semalam, lawannya dari Itali, Angela Carini menarik diri daripada meneruskan perlawanan selepas tidak tahan ‘dibedal’ dalam 40 saat awal permainan di pusingan 16 acara welterweight wanita di temasya berkenaan.

“Persoalannya, adakah dia atlet transgender? Layakkah beliau bertanding jika beliau bukan transgender sebaliknya dikategorikan sebagai DSD (Differences In Sex Development)? Imane Khelif dibesarkan sebagai seorang perempuan dan didaftarkan sebagai perempuan. Maka beliau bukan transgender. Secara konsisten beliau menyertai acara wanita.

“Bagaimanapun dalam ujian kelayakan gender oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) tahun 2023 dilaporkan ujian genetik beliau menunjukkan kromosom XY. Ujian kelayakan gender ini saya fikir lebih agresif setelah ramai atlet wanita membantah penyertaan atlit lelaki dalam acara wanita.

“Pandangan pakar menyatakan situasi Imane Khelif mungkin dalam kategori DSD 46 XY dengan kekurangan hormon 5-alpha-reductase (alpha reductase deficiency atau ARD). XY DSD 5-ARD,” kata Rafidah menerusi kenyataan yang dikongsi di Facebook miliknya.

Jelasnya, perubahan bentuk badan atau androgen itu boleh berubah kepada seseorang itu yang mengalami situasi seperti ini dan ia sama juga yang dilalui oleh Imane.

“Perkara yang dialami oleh mereka dengan DSD 5-ARD ialah ketika dilahirkan mereka boleh mempunyai alat kelamin wanita atau ambiguous, kerana itu mereka dibesarkan sebagai wanita.

“Namun ketika baligh, level androgen tinggi iaitu hyperandrogen yang juga menyebabkan hormon testosteron meningkat. Ini menyebabkan mereka mempunyai kelebihan fizikal seperti lelaki dari sudut anatomi seperti otot dan tulang,” katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengeluarkan kenyataan dengan mempertahankan keputusan mereka yang membenarkan dua peninju wanita termasuk Imane bertanding di Sukan Olimpik Paris walaupun pertikaian jantina berterusan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker