Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM

Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM

MELAKA – Dua beradik hanya mampu tergamam apabila bilik ditempah bersama pelacur wanita warga Thailand yang dilanggan dengan bayaran RM250 diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka di sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira 10.30 malam itu, lelaki 30 tahun itu mengambil masa lebih 20 minit untuk membuka pintu bilik di tingkat dua hotel bajet itu sehingga memaksa anggota penguat kuasa menggunakan kunci pendua.

Turut ditahan adalah abangnya berusia 31 tahun di bilik berasingan sambil mendakwa mereka tidak sempat ‘menggunakan’ khidmat wanita warga Thailand itu yang ditempah melalui aplikasi WeChat.

“Menerusi mesej WeChat saya diberi link aplikasi WhatsApp, saya hanya diberitahu lokasi, masa dan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan ini sebaik sampai sekitar 10 malam.

“Memang tak sempat buat apa-apa apabila bilik diserbu penguat kuasa,” dakwanya lagi yang bekerja sebagai mekanik di Bukit Katil di sini.

Sementara itu Pengarah JIM negeri, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, kedua-dua beradik itu diberikan borang Imm.29 (Saman Kepada Saksi) untuk membantu siasatan.

Menurutnnya, dalam Op Dandan, Op Kutip dan Op Gegar di sekitar Jasin serta Melaka Tengah itu, seramai 13 warga asing termasuk seorang lelaki Pakistan serta India di tahan di sebuah kedai gunting rambut di Jasin.

“Manakala seramai 11 lagi ditahan di tiga buah hotel bajet di sekitar Melaka Raya melibatkan sembilan wanita ditahan masing-masing tiga warga Indonesia, Thailand dan Vietnam berumur antara 25 hingga 37 tahun.

“Kesemua mereka disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran selepas ditahan bersama dua lelaki tempatan yang juga adik-beradik dalam dua bilik berasingan bersama beberapa peket kondom,” ujarnya.

Antara sembilan wanita pelacur warga asing ditahan berumur antara 25 hingga 37 tahun.
Katanya, kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Ia adalah kerana kesalahan tidak mempunyai permit sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan.

Tambahnya, warga asing terlibat dihantar ke Depot Imigresen Machap Umboo untuk tindakan lanjut. MG

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker