Permohonan MyBrain 2.0 dibuka esok untuk pengajian sarjana, PhD

Permohonan MyBrain 2.0 dibuka esok untuk pengajian sarjana, PhD

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meneruskan pelaksanaan program penajaan MyBrain 2.0 kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana dan Ijazah Kedoktoran.

Katanya, program itu merupakan kesinambungan daripada program MyBrain15.



Bagi fasa pertama, program MyBrain 2.0 mensasarkan penerima dalam kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; serta pensyarah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) bagi melanjutkan pengajian mereka di 20 universiti awam (UA).

KPT dalam kenyataan berkata, selaras dengan aspirasi Kerajaan dalam memperkasakan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), pelaksanaan MyBrain 2.0 akan memberi keutamaan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut selain bidang sains sosial dan sastera ikhtisas.

“Penajaan program MyBrain 2.0 merangkumi pembiayaan yuran pengajian dan elaun sara hidup. Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan di bawah program ini merupakan satu daripada inisiatif pihak kerajaan meringankan beban kewangan
pelajar di samping melahirkan graduan yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi,” katanya di sini.

Permohonan untuk penajaan ini akan dibuka pada 1 Ogos 2024 (Khamis) jam 3 petang sehingga 21 Ogos 2024 (Rabu) jam 11.59 malam secara atas talian melalui Sistem Permohonan MyBrain 2.0 di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2.



Program MyBrain 2.0 merupakan satu platform penting dalam menyokong pembangunan modal insan negara yang mempunyai daya intelek yang tinggi serta berupaya memacu kemajuan dari segi pemikiran, kerohanian dan material untuk merealisasikan gagasan Malaysia Madani. MG

Permohonan MyBrain 2.0 dibuka esok untuk pengajian sarjana, PhD

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker