Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Nama model, pempengaruh dan ratu cantik Nadira Isaac tidak semena-mena menjadi bualan hangat selepas didakwa menjadi penyebab berlakunya perceraian di antara pelawak Harith Iskander dan Dr Jezamine.

Terdahulu, Harith dan Dr Jezamine sendiri telah bersuara dan menafikan khabar angin berkenaan dan berkata Nadira hanyalah kenalan mereka bersama.



Hanya pernah jumpa beberapa kali

Giliran Nadira pula tampil menjawab tuduhan itu dan membersihkan namanya selepas menerima kecaman hebat daripada masyarakat di media sosial.

Jelas Nadira, dia terkejut apabila namanya disebut sebagai punca perceraian itu dan berkata mereka bertiga hanyalah sekadar kawan dan pernah berjumpa beberapa kali sahaja.

Tambahnya, sebelum ini dia hanya berjumpa dengan Harith sewaktu menghadiri acara dan ketika itu, Dr Jezamine juga ada bersamanya pelawak terbabit.



Saya kenal Harith Iskander lebih kurang 2021 dan sebenarnya tak pernah berkomunikasi secara peribadi pun. Kami tak follow satu sama lain di Instagram dan saya tiada nombor telefon dia pun.

Tak salahkan netizen

Mengulas lanjut tentang videonya ketika di atas kapal layar (ada kelibat Harith), ia adalah rakaman lama sekitar November 2021 dan Nadira turut menjelaskan dia lebih rapat dengan Dr Jezamine berbanding Harith.

Ye, saya kena hentam teruk dekat TikTok, dekat Instagram. Orang cakap I penyondol dan sudah tentu ia (kecaman) tidak bagus untuk imej dan reputasi saya.



Nadira bagaimanapun berkata dia tidak terkilan dan tidak menyalahkan netizen dengan apa yang mereka katakan kerana tahu semua ini hanyalah salah faham semata-mata.

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker