Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
JAKARTA – Pernah berdepan dengan kes penyalahgunaan dadah sehingga dijatuhkan hukuman penjara setahun, pelakon Indonesia Nia Ramadhani percaya apa yang berlaku dalam kehidupannya ada hikmah tersendiri.
Nia atau nama sebenarnya, Ramadhania Ardiansyah Bakrie, 34, berkata, dia kini tidak lagi memandang ke belakang dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Kita tidak sempurna kerana kita semua manusia,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui usai sidang media All Access To Rossa 25 Shining Years di sini kelmarin.
Ujar pelakon yang cukup dikenali menerusi drama fenomena, Bawang Merah Bawang Putih itu lagi, ketika episod hitam tersebut berlaku, dia mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagia daripada keluarga dan sahabat handai.
“Alhamdulillah, setelah kes yang saya lalui, saya sedar bahawa sistem sokongan saya sebenarnya sangat kuat.
“Ternyata ramai sangat orang yang sangat sayangkan saya. Jadi, apa yang berlaku memang ada hikmahnya buat saya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ditanya tentang karier lakonan, Nia berkata, buat masa sekarang belum ada sebarang perancangan untuk dirinya kembali terjun dalam bidang tersebut atas faktor kekangan masa dan komitmen sebagai ibu tiga orang anak.
“Mudah-mudahan suatu hari nanti dapat berkunjung ke Malaysia. Lama dulu saya dikenali di sana disebabkan drama Bawang Merah Bawang Putih. Sudah berbelas atau berpuluh tahun lalu.
“Saya sudah ada tiga anak dan untuk berlakon, sebenarnya agak susah. Tapi, kalau ada masa dan waktu bersesuaian, mungkin boleh kembali semula (berlakon),” ujarnya.
Dua tahun lalu, Nia bersama suaminya, Ardi Bakrie serta pemandu peribadi mereka, Zen Vivanto akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Pusat.
Hidup serba mewah dan berstatus jutawan Indonesia, Nia berkahwin dengan Anindra Ardiansyah Bakrie pada 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. K Online
Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu