Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak

Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak

Bekas pekerja kepada pelakon Puteri Sarah Liyana, Nazatul Nazira memfailkan saman balas ke atas pelakon itu pada Jun lalu.

Nazatul, 30, berkata dia memutuskan menyelesaikan persengketaan dengan pelakon itu di mahkamah bagi membersihkan namanya.



“Saya nekad untuk teruskan kes ini di mahkamah kerana ingin membersihkan nama dan menuntut hak saya.

“Fitnah dilemparkan Sarah menjejaskan imej dan maruah saya. Jadi, saya ingin perjuangkan keadilan saya,” katanya.

Nazatul ditemui sebaik selesai proses mediasi antaranya dengan Puteri Sarah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, petang tadi.

Dalam pada itu, peguam mewakili Nazatul iaitu Aryssa Arynna berkata, pihaknya tidak dapat mengulas lebih lanjut kes anak guamnya kerana masih dalam perbincangan.



“Setakat ini, kami tidak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana ada satu lagi proses mediasi.

“Kami masih dalam perbincangan dan belum ada kata sepakat lagi, jadi masih terlalu awal untuk bercakap.

“Anak guam saya juga ada buat tuntutan balas pada Jun lalu,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah Liyana tetap berkeras untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Nazatul Nazira.



Puteri Sarah memfailkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah, yakin berada di pihak yang benar selain mahu memperjuangkan hanya. BH

Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker