Kategori mualaf yang layak menerima zakat

Kategori mualaf yang layak menerima zakat

Perkataan mualaf adalah diambil dari perkataan mualafat qulubuhum yang terdapat dalam surah at-Taubah ayat 60. Perkataan ini merujuk kepada golongan keempat daripada lapan golongan yang layak menerima zakat.

Apakah tafsiran atau maksud sebenar mualafat qulubuhum? Menurut ulama tafsir, “qulub” merupakan kata majmuk bagi “qalb” yang bermaksud hati. Oleh itu mualafat qulubuhum boleh diterjemahkan sebagai “ambil hati” yang bermaksud mengambil hati mereka yang “lemah iman”.



Golongan yang lemah iman tidak semestinya disandarkan kepada orang yang baru memeluk Islam seperti yang difahami oleh masyarakat kini. Malah mereka yang dilahirkan dalam keluarga Islam, sekiranya iman mereka lemah, juga boleh termasuk dalam kategori ini dan mereka layak menerima zakat. Namun realitinya perkara ini tidak berlaku di Malaysia.

Sekiranya didakwah atau dibantu dari segi kewangan oleh para mubaligh, mereka yang lemah iman mungkin akan dipengaruhi agama lain dan mungkin meninggalkan Islam untuk masuk agama itu. Kerana itulah golongan ini layak menerima zakat.

Tujuan zakat untuk mereka adalah bagi mengambil hati dan menunjukkan bahawa mereka mempunyai saudara yang mengambil berat kebajikan mereka. Ini secara langsung agar mereka kembali belajar dan kekal dalam agama Islam sehingga kuat iman mereka.

Jika seorang yang kaya memeluk Islam dan mempunyai iman yang kuat, tidak bergantung kepada ibu bapanya atau sesiapa pun dari segi kewangan, tidak risau tentang ancaman daripada sesiapa, dia tidak tergolong sebagai mualafat qulubuhum.



Kerana itu ramai dikalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. yang masuk Islam pada ketika Rasulullah s.a.w. hidup seperti Abdullah Ibnu Jarir al-Bujuliy yang tidak layak dipanggil mualafat qulubuhum. Itu kerana dia mempunyai iman yang cukup kuat dan tidak memerlukan bantuan luar untuk menguatkan imannya.

Bermakna, seseorang yang lahir muslim boleh dipanggil mualafat qulubuhum jika imannya lemah dan memerlukan bantuan kewangan untuk kekal beragama Islam terutamanya jika kita tahu bahawa mubaligh di mana-mana negara sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa umat Islam memasuki agama mereka.

Seseorang yang baru memeluk Islam pula tidak perlu dipanggil mualafat qulubuhum jika imannya kuat dan tidak memerlukan bantuan seperti para sahabat dan beberapa orang lain pada zaman permulaan Islam.

Manakala orang kaya yang baru masuk Islam wajib membayar zakat untuk diberi kepada seorang miskin yang lahir Islam.



6 golongan mualafat qulubuhum

Para ulama telah membahagikan mualafat qulubuhum kepada enam golongan. Dua daripadanya merupakan bukan muslim dan empat merupakan muslim iaitu:

Pertama: Sesetengah ketua muslim yang berpengaruh (kuat iman) diberi zakat agar para ketua bukan Islam berpengaruh yang lain boleh ditarik untuk menerima Islam. Contohnya Abu Bakar r.a. memberikan zakat kepada ‘Adiy bin Hatim dan Zubrakan Ibnu Badr walaupun mereka merupakan muslim yang bagus. Abu Bakar sengaja memberi mereka zakat untuk menarik masyarakat bukan Islam menerima Islam.

Kedua: Sesetengah ketua muslim yang beriman lemah tetapi berpengaruh di kalangan mereka yang lebih rendah tarafnya juga diberi zakat. Ini dapat menguatkan iman mereka sepertimana dalam kes ramai ketua di Mekah (Abu Sufyan) yang menerima Islam pada hari penawanan kota Mekah.



Walau bagaimanapun sesetengah mufassirun seperti Fakhrur Razi membantah pandangan ini dengan mengatakan bahawa apa yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada ketua-ketua tersebut bukanlah zakat melainkan harta rampasan Perang Hunain.

Ketiga: Sekumpulan muslim yang meronda secara kekal di sempadan untuk mempertahankan negara daripada serangan. Mereka layak menerima zakat untuk menggalakkan mereka menjalankan tugas mempertahankan negara dengan sempurna.

Keempat: Sekumpulan muslim yang diperlukan kerajaan untuk mengutip zakat daripada para penduduk yang enggan membayarnya. Tanpa pengaruh kumpulan ini, zakat tidak mungkin dapat dikutip. Jadi sebagai penghargaan usaha mereka, mereka diberi sebahagian daripada zakat tersebut.

Kelima: Orang bukan Islam yang kita rasa dapat ditarik untuk masuk Islam dengan memberi mereka zakat sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Safwan bin ‘Umayyah.



Keenam: Orang bukan Islam yang kuat (orang atau kaum atau negara). Tujuan diberikan zakat untuk mengelak berperang dengannya, tetapi sepertimana yang diperkatakan oleh para ulama seperti Umar al-Khattab, ia apabila orang Islam sedang lemah. Tetapi apabila kita sudah kuat dan tidak takut kepada sesiapa, kita tidak perlu memberi zakat kepada mereka.

Ini yang dilakukan oleh Umar al-Khattab pada zaman Abu Bakar apabila dia enggan memberi zakat kepada Uyaynah Ibnu Hisn dan al-Aqra bin Habis dengan memberitahu mereka bahawa Rasulullah s.a.w. memberi mereka zakat semasa Islam masih lemah. Tetapi sekarang Islam sudah cukup kuat dan kita tidak takut kepada sesiapa pun. Sama ada kamu menerimanya, jika tidak kami berperang denganmu.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang kewujudan sebahagian daripada enam kategori ini atau sesetengah daripadanya dalam zaman sekarang. Ia disebabkan perbezaan yang berlaku dalam komposisi hidup sosial. Wallahu a’lam Utv

Kategori mualaf yang layak menerima zakat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker