Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini

Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini

Selepas lapan tahun menjalin kasi, aura kegembiraan jelas terpancar pada wajah penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim yang bakal menamatkan zaman janda dengan dengan lelaki pilihannya, Tunku Eddy Nasruan Adil tidak lama lagi.

Difahamkan majlis perkahwinan Jeslina atau Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohamed Hashim, 46, dengan kerabat Negeri Sembilan itu akan diadakan di sebuah lokasiu ekskukklusif di ibu negara.



Katanya, semua persiapan sudah disiapkan dan majlis perkahwinan akan berlansung dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Insya-Allah dalam masa terdekat, masanya akan tiba.

“Persiapan semua sudah siap, tunggu hari saja. Boleh kira dengan tangan,” katanya,

Penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu juga memberitahu tarikh yang dipilih tidak mempunyai sebarang simbolik istimewa.



“Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur. Tiada apa-apa simbolik mengenai tarikh itu, tetapi hari itu merupakan hari yang terbaik untuk tetamu hadir.

“Majlis itu akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja,” katanya yang bakal berbiras pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim selepas ini.

Mengulas mengenai hubungan cinta dengan bakal suami, Jeslina mengakui Tengku Eddy Nasruan Adil merupakan yang lelaki yang baik dan disenangi orang sekeliling.

“Dia sangat baik dan saya sangat mencintai dia. Semua orang yang jumpa akan sayang pada dia.



“Anak-anak saya juga sangat sayang dengan dia,” ujarnya.

Pada November tahun lalu, Tunku Eddy yang juga adik kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffa (suami Sarimah), pernah berkongsi hantaran dalam media sosial memberitahu bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan Jeslina.

Difahamkan hubungan cinta mereka sudah terjalin sejak lapan tahun lalu.

Terdahulu, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.



Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13. K Online

Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker