Haniff, Ean kini milik Fly FM

Haniff, Ean kini milik Fly FM

Dua penyampai berpengalaman, Haniff dan Ean kini menjadi keluarga baharu stesen radio berbahasa Inggeris terkemuka, Fly FM.

Pasangan itu akan mula bersiaran mulai 5 Ogos ini untuk segmen EH! It’s Ean & Haniff On The Fly Breakfast.



Mengulas pemilihan dua penyampap terbabit, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA) Nazri Noran berkata, pengalaman yang dimiliki membuatkan mereka layak untuk mengendalikan slot pagi stesen terbabit.

“Tak dinafikan ramai juga yang berkebolehan berbahasa Inggeris, tapi untuk menjadi spontan agak susah.

“Sebagai penyampai radio, untuk bersiaran selama lima hari seminggu, empat jam sehari dan perlu lakukannya secara spontan itu bukanlah mudah terutama program siaran langsung.

“Walaupun disediakan skrip, namun penyampai radio perlu mengolahnya secara spontan dan Haniff ada pengalaman itu.



“Kemampuan Ean pula tidak perlu dipersoalkan kerana dia memang berpengalaman.

“Alhamdulillah, mereka juga sudi bekerjasama dan itu adalah satu rezeki buat kami,” katanya ditemui pada sidang media Fly FM New Breakfast Team di Tropicana, di sini, hari ini.

Sementara itu, Haniff yang sebelum ini berpengalaman mengendalikan stesen berbahasa Melayu menyifatkan tugasan baharunya itu sebagai satu cabaran.

“Bertahun saya di stesen radio Melayu, saya sudah sampai ke kemuncak. Apa lagi saya nak lakukan? Ini adalah puncak seterusnya untuk sayalah.



“Bukan soal bosan, tapi cabaran peribadi sendiri. Saya mahu sesuatu yang lebih berlainan.

“Ia macam dunia baharu. Yang dengar radio bahasa Inggeris, mereka tak kenal saya. Saya sukakan itu,” ujarnya.

Bagi Ean, peluang yang diberi Fly FM itu ibarat bulan jatuh ke riba buatnya.

“Saya memerhati apa yang Fly FM lakukan dari jauh sahaja sebelum ini. Dalam fikiran, saya berharap dapat lakukan dan terbabit dengan intipati mereka. Semua yang mereka persembahkan buat saya sangat teruja.



“Mereka juga banyak perkenalkan kandungan menarik yang membuatkan saya rasa cemburu kerana tidak berpeluang merasai pengalaman itu,” katanya lagi.

EH! It’s Ean and Haniff On The Fly Breakfast akan bersiararan setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi .

Antara segmen diketengahkan adalah segmen ‘wake-up call’ iaitu ‘EH! Bangun Lah!’ dan ‘6 Degrees of Separation’. BH

Haniff, Ean kini milik Fly FM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker