Chandipura ‘menggila’, 38 terbunuh

Chandipura ‘menggila’, 38 terbunuh

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 38 orang dengan kebanyakan mereka kanak-kanak, meninggal dunia akibat penularan wabak Chandipura yang menyerupai rabies atau penyakit anjing gila, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Penyakit kurang dikenali itu berpindah daripada serangga kepada manusia dan kini menular di India.



Chandipura boleh mengancam nyawa pesakit hanya enam jam selepas seseorang dijangkiti.

Pensyarah Kanan Mikrobiologi Perubatan Universiti Westminster, Manal Mohammed berkata, wabak itu adalah yang paling buruk pernah berlaku di India dalam tempoh lebih dua dekad.

“Sekurang-kurangnya 38 orang dengan kebanyakan mereka kanak-kanak dan remaja, meninggal dunia sejak awal Jun 2024. Ia merupakan wabak terburuk virus Chandipura di India sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya.

Virus Chandipura tergolong dalam keluarga sama dengan kuman yang menyebabkan rabies. Penyakit itu boleh menyebabkan radang otak dikenali sebagai ensefalitis.



Chandipura menjangkiti manusia daripada lalat pasir, tetapi nyamuk dan kutu juga diketahui turut membawa virus tersebut.

Gejala awal menyerupai selesema, namun ia boleh berkembang dengan cepat dalam masa 24 jam kepada ensefalitis, koma dan membawa kematian.

Kanak-kanak di bawah umur 15 tahun adalah yang paling terdedah kepada virus tersebut, manakala bukti sedia ada menunjukkan sehingga 76 peratus daripada mereka yang dijangkiti akan mati.

Tiada ubat untuk merawat pesakit Chandipura setakat ini dan tiada vaksin untuk mencegahnya. K Online



Chandipura ‘menggila’, 38 terbunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan



Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker