Awas! Jangan guna straw, cawan plastik daripada bahan buluh

Punca kerosakan buah pinggang

Awas! Jangan guna straw, cawan plastik daripada bahan buluh

Penggunaan bahan plastik atau peralatan makanan mengandungi buluh memberikan kesan jangka panjang yang serius terhadap masalah kesihatan individu termasuk mengakibatkan kerosakan buah pinggang.

Agensi Standard Makanan (FSA) United Kingdom mendapati pendedahan berpanjangan terhadap cawan dan penyedut minuman yang mengandungi bahan tertentu boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius.



Timbalan Pengarah Dasar Makanan FSA United Kingdom, Dr James Cooper berkata, berikutan pendedahan berkenaan

Beliau memberi amaran rakyat Britain tidak menggunakan plastik meragukan yang mengandungi sumber semula jadi selepas ditemui ada kaitan antara penggunaan jangka panjang dan kerosakan buah pinggang.

“Selain daripada buluh, turut dinasihatkan tidak menggunakan “food contact materials” seperti alatan makan dan bekas ‘tupperware’ yang diperbuat daripada bahan tumbuhan lain yang digunakan untuk membuat campuran plastik.

“Bahan tumbuhan itu termasuk sekam padi, jerami gandum dan rami, yang didapati oleh Jawatankuasa Kesan Kimia dalam Makanan, Produk Pengguna, dan Alam Sekitar (COT) tidak terbukti selamat untuk digunakan,” katanya.



Katanya, COT yang disokong oleh FSA, mendapati bahawa buluh dan bahan seumpamanya yang digabungkan dengan plastik boleh menyebabkan bahan kimia formaldehid dan melamin bocor ke dalam produk dan menyebabkan kesan yang sangat bahaya.

“Walaupun formaldehid dihasilkan secara semula jadi oleh badan manusia, jika kita menelan terlalu banyak, ia boleh menyebabkan simptom gastrointestinal (masalah perut dan usus).

“COT turut mendapati bahawa bahan yang ada unsur melamin dalam jangka masa pendek tidak beracun, namun pendedahan yang lebih lama sangat merbahaya kepada kesihatan.

“Apabila dimakan pada tahap yang melampau, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan membahayakan saluran kencing,” katanya.



Risiko kesan kesihatan jangka panjang

Dr James berkata, walaupun COT mengakui tidak mungkin penggunaan produk plastik ini dari semasa ke semasa akan berbahaya kesihatan pengguna, namun FSA memberi amaran tentang pendedahan kesan jangka panjang.

“Risiko jangka panjang penggunaan produk-produk ini masih tidak jelas (dalam kalangan pengguna) dan FSA ingin menghentikan penjualan plastik ini oleh peruncit.

“FSA juga mahu orang yang memiliki plastik ini untuk membuangnya atau menggunakannya semula (untuk tujuan lain),” katanya.



Dr James memaklumkan, produk-produk ini sudah diharamkan untuk dijual sebagai bahan yang bersentuhan dengan makanan di Ireland Utara.

Katanya, misi FSA adalah untuk memastikan makanan selamat dan ini juga termasuk memastikan produk yang bersentuhan dengan makanan pengguna, seperti bekas dan alat, juga selamat.

“Selepas proses penilaian risiko yang ketat, kami mendapati terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk memberi keyakinan bahawa produk ini selamat digunakan oleh pengguna.

“Oleh itu, pendirian kami kekal bekas makanan dan alat mengandungi bahan komposit buluh tidak boleh dijual di Britain.



“Kita tidak tahu kesan jangka panjang kepada kesihatan dari penggunaan produk ini dan kami bimbang bahan kimia seperti formaldehid dan melamin mungkin bocor daripada bahan ini apabila bersentuhan dengan makanan, terutama makanan panas atau berasid.

“Sebelum ini, pusat perniagaan diminta untuk mengeluarkan produk ini daripada jualan. Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna dinasihatkan supaya tidak menggunakan mana-mana produk yang dibeli sebelumnya sehingga siasatan penuh terhadap risiko yang berpotensi selesai,” katanya. BH

Awas! Jangan guna straw, cawan plastik daripada bahan buluh

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker