3 suspek dikehendaki rempuh palang tol, polis lepas tembakan

3 suspek dikehendaki rempuh palang tol, polis lepas tembakan

Tiga suspek dikehendaki ditahan selepas merempuh palang plaza tol dan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan awal pagi semalam.

Tiga lelaki berusia 34 hingga 47 tahun yang disyaki dalam usaha mencuri kenderaan kira-kira 4 pagi ditahan selepas dikejar polis puluhan kilometer dari Jalan Medan Soon Choon 1 di Ipoh hingga persimpangan Jalan Siputeh, Batu Gajah.



Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris berkata kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki tiga suspek dilihat anggota polis yang mahu melaksanakan Op Lejang khas di kawasan pentadbiran Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh dalam keadaan mencurigakan.

Tiga anggota polis menghampiri Toyota Harrier dinaiki tiga suspek bagi menjalankan pemeriksaan. Suspek terus melarikan diri menggunakan kenderaan itu serta enggan berhenti, walaupun amaran diberikan, katanya menurut Harian Metro sempena program Sembang Santai Ketua Polis Perak Bersama Media di Ipoh malam tadi.

Polis yang menaiki Toyota Corolla Altis terus mengekori suspek hingga susur keluar plaza tol Gopeng (Lebuhraya Utara Selatan), di mana suspek bertindak agresif merempuh palang plaza tol terbabit dan kereta polis dengan mengundurkan kenderaannya.

Menurutnya, polis melepaskan satu das tembakan bagi melindungi diri, tetapi suspek melarikan diri ke arah Gopeng dan Batu Gajah dengan memecut serta memandu secara zig-zag, selain melawan arus lalu lintas dan menghimpit kereta polis.



Azizi berkata, polis kemudian melepaskan dua das tembakan lagi, dengan satu daripadanya ke arah tayar depan kanan kenderaan suspek.

Katanya, tiga suspek akhirnya ditangkap dengan bantuan Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Batu Gajah dan tiada kecederaan dialami mana-mana pihak.

Beliau berkata, pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk mencuri kenderaan, termasuk peranti elektronik dan alatan memecahkan cermin kenderaan turut dirampas.

Menurutnya, tiga suspek dikehendaki polis itu memiliki pelbagai rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah serta dadah, dan mereka direman empat hari hingga Sabtu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh).



Suspek juga akan disiasat mengikut beberapa seksyen kesalahan lain. Mereka yang juga penganggur itu disyaki ahli sindiket mencuri kenderaan mewah menyasarkan kenderaan pacuan empat roda. FMT

3 suspek dikehendaki rempuh palang tol, polis lepas tembakan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker