The 1975 disaman RM11 juta oleh Good Vibes Festival

The 1975 disaman RM11 juta oleh Good Vibes Festival

Penganjur Good Vibes Festival memfailkan saman terhadap kumpulan muzik British, The 1975 dan semua ahlinya secara individu di Mahkamah United Kingdom, susulan kontroversi atas pentas melibatkan vokalis utama, Matty Healy, tahun lalu.

Menurut dokumen mahkamah dilihat oleh majalah hiburan Amerika Syarikat, Variety, Future Sounds Asia menuntut RM11.25 juta berikutan penghentian festival itu, kesan daripada tindakan Healy.

Pihak penganjur mendakwa The 1975 dan pengurusannya sedar beberapa had dikenakan atas persembahan mereka di Malaysia.

Pemfailan itu juga menyatakan kumpulan tersebut pernah membuat persembahan di festival berkenaan pada 2016 dan dimaklumkan larangan pada masa itu.

Festival yang sepatutnya berlangsung dari 21 hingga 23 Julai tahun lalu bagaimanapun ditamatkan lebih awal selepas Healy mengkritik undang-undang Malaysia terhadap LGBT, sebelum mencium rakan kumpulan lelakinya, pada hari pertama acara itu.

The 1975 disaman RM11 juta oleh Good Vibes Festival

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker