Tebus kematian Ismail Haniyeh adalah tugas Tehran, janji Ayatollah Ali Khamenei
Tebus kematian Ismail Haniyeh adalah tugas Tehran, janji Ayatollah Ali Khamenei
TEHRAN: Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berikrar memberi ‘hukuman keras’ terhadap Israel selepas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Menyifatkan Ismail Haniyeh sebagai pemimpin mujahidin Palestin yang berani, Ali berkata, tindakan penjenayah rejim Zionis yang membunuh tetamu kesayangan mereka di rumah mereka sendiri membawa kedukaan, namun ia juga menyediakan asas untuk hukuman yang keras terhadap rejim itu.
“Syuhada Ismail Haniyeh mempertaruhkan nyawanya selama bertahun-tahun di medan perjuangan yang mulia dan bersedia untuk syahid dan beliau menawarkan anak-anak serta rakyatnya di jalan ini.
“Beliau tidak takut menjadi syahid di jalan Allah dan menyelamatkan hamba-hamba Allah tetapi kami menganggap ia adalah tugas kami untuk membalas darahnya dalam kejadian yang pahit dan sukar, yang berlaku di wilayah Republik Islam ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ismail dilaporkan terbunuh dalam serangan rejim Zionis di Tehran, Iran, hari ini.
Hamas berkata, kumpulan pejuang Islam itu berkabung atas kematian pemimpin berkenaan yang dikatakan terbunuh dalam serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran.
Ismail dilaporkan berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian, semalam.
Dalam kenyataan itu, Ali mengucapkan takziah kepada seluruh umat Islam, barisan pejuang, negara Palestin yang berani dan bermaruah, dan terutama kepada keluarga Ismail serta mangsa yang terselamat dan salah seorang sahabat yang syahid bersamanya. BH
Tebus kematian Ismail Haniyeh adalah tugas Tehran, janji Ayatollah Ali Khamenei
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?