Rafidah diarah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Datuk Haris Embong

Rafidah diarah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Datuk Haris Embong

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan pelakon Rafidah Ibrahim membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada usahawan produk sejuk beku, Datuk Haris Embong serta syarikatnya berhubung hantaran fitnah di media sosial pada tahun 2021.

Hakim Dr. Mohd Johan Lee @ John Lee Kien How memutuskan demikian selepas membenarkan saman Haris selaku plaintif pertama, dan syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn. Bhd. selaku plaintif kedua terhadap Rafidah selaku defendan.



Ketika membacakan penghakimannya, Mohd Johan berkata, mahkamah berpendapat bahawa terdapat penyataan-penyataan fitnah dikeluarkan oleh Rafidah yang menjejaskan reputasi Haris menerusi hantaran kedua (Hantaran 2) berkaitan kegagalan syarikat tersebut membayar hasil kerja defendan selaku ketua pemasaran.

“Defendan bukan sahaja telah mendedahkan plaintif kepada kebencian, cemuhan atau penghinaan dan menggunakan perkataan yang merendahkan maruah plaintif di mata orang awam yang berfikiran waras, tetapi defendan juga telah mengajak pembaca-pembaca Hantaran 2 untuk menjauhi Plaintif.

“Melalui keterangan yang dikemukakan, adalah dapatan Mahkamah in bahawa Hantaran 2 sememangnya mempunyai taksiran fitnah. Dengan itu, Plaintif telah berjaya untuk memenuhi ketiga-tiga unsur (elements) fitnah.



Katanya, ayat yang digunakan Rafidah di dalam hantaran tersebut iaitu; ‘Sekiranya, tak mampu nak bayar saya, sekurang-kurangnya pihak syarikat biarlah ada sedikit rasa malu’ dan ‘Carilah tempat kerja yg kita selesa, maruah terpelihara…’ seperti menuangkan minyak atas api.

“Kenyataan itu menguatkan lagi gambaran tersebut keseluruhannya dan menambahkan lagi gambaran kepada pembaca seolah-olah syarikat itu perniagaan yang tak beretika, perniagaan yang mengeksploitasikan atau menggunakan khidmat seseorang tanpa bayaran dan tak bermaruah dan perniagaan syarikat itu tidak berkat,” ujarnya lagi.

Tambah hakim itu lagi, Haris bagaimanapun gagal membuktikan elemen fitnah dalam kenyataan Rafidah di dalam hantaran pertama berhubung dakwaan defendan itu bahawa plaintif terbabit disifatkan tidak berintegriti, tidak bermaruah, jelik dan tidak berintegriti.

Menurut beliau Haris turut gagal membuktikan bahawa ‘dia’ hantaran pertama yang diterbitkan di media sosial itu merujuk kepada dirinya.



“Plaitif tidak pernah mempertikaikan bahawa Hantaran 2 adalah kali pertama defendan
mengumumkan beliau tidak lagi bekerja dengannya.

“Maka, pada hemat Mahkamah ini, defendan tidak pernah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi bekerja dengan plaintif sehingga Hantaran 2 dimuat naik.

“Natijahnya, mahkamah ini mendapati bahawa plaintif gagal membuktikan
bahawa defendan telah mengenal pasti plaintif dalam Hantaran 1.

“Maka, mahkamah ini mendapati plaintif gagal membuktikan semua unsur-unsur fitnah
bagi Hantaran 1. Rentetan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa Hantaran
1 tidak memfitnah plaintif,” katanya lagi.



Dalam pada itu, mahkamah turut menolak tuntutan balas yang difailkan Rafidah terhadap Haris dan syarikatnya antaranya wang sebanyak RM4,000 bagi gaji tertunggak bulan Ogos 2021 termasuk bayaran ganti notis.

Justeru, mahkamah mengarahkan agar Rafidah membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada Haris, manakala RM150,000 perlu dibayar kepada Arisprop Sdn. Bhd.

Selain itu, Rafidah turut dikenakan injunksi samada melalui diri-sendiri, kakitangannya, ejen-ejen, atau orang lain daripada menerbitkan atau menyebabkan penerbitan perkataan-perkataan bersifat fitnah terhadap Haris dan syarikatnya itu, dalam apa jua cara.

Pada masa sama mahkamah turut mengarahkan agar Rafidah membayar kos guaman kepada kedua-dua plaintif sebanyak RM30,000.



Pada prosiding itu, Haris diwakili oleh peguam Jocelyn Goh bersama-sama Foo Hong Chuen manakala Rafidah diwakili oleh peguam Noorhafidzah Abd Rahim. Utv

Rafidah diarah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Datuk Haris Embong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker