PKR diberi amaran tidak bertanding pada PRN Sarawak

Amaran keras daripada Abdul Karim Hamzah

PKR diberi amaran tidak bertanding pada PRN Sarawak

Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abdul Karim Rahman Hamzah memberi amaran keras kepada PKR, dengan menggesa parti itu supaya tidak perlu mengambil bahagian pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Pada sidang media di Kuching, semalam, Abdul Karim, yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) memberi amaran bahawa penglibatan PKR boleh menjejaskan kestabilan gabungan itu di bawah kerajaan perpaduan.



“Lagipun di peringkat persekutuan kita sudah menubuhkan kerajaan perpaduan bersama.

“Jadi kalau dalam kerajaan perpaduan kita bersama, janganlah dalam pilihan raya semangat itu tak ada lagi,” katanya yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dipetik oleh Utusan Borneo.

Selepas tidak ada parti mahupun mana-mana gabungan yang memperoleh majoriti jelas pada pilihan raya umum ke-15, Pakatan Harapan, BN, GPS dan Gabungan Rakyat Sabah membentuk kerajaan campuran dan melantik Anwar Ibrahim dari PKR sebagai perdana menteri.

Walaupun mereka adalah sekutu di peringkat nasional, GPS mengawal pentadbiran Sarawak manakala DAP duduk di bangku pembangkang.



Mengulas lanjut, Adun Asajaya itu berkata nasihat sedemikian adalah perlu untuk mengekalkan kestabilan dan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

“Pada masa ini, Dewan Undangan Negeri Sarawak terdiri daripada 82 kerusi dan hanya dua kerusi sahaja dimiliki pembangkang, iaitu kedua-duanya DAP, tiada PKR.

“Maka tidak berbaloilah,” katanya.

Pada PRN Sarawak lalu, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memenangi empat, dan DAP dua. PKR kalah semua 28 kerusi yang ditandinginya



PSB dibubarkan pada Mac tahun ini, dan semua ahlinya diterima masuk ke dalam Parti Demokratik Progresif, salah satu ahli gabungan GPS. Mk

PKR diberi amaran tidak bertanding pada PRN Sarawak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker