Menteri Israel gembira Ismail Haniyeh dibunuh
Menteri Israel gembira Ismail Haniyeh dibunuh
MENTERI Warisan Israel, Amichai Eliyahu berkata, pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, “menjadikan dunia lebih baik”.
“Tiada belas kasihan untuk manusia ini,” tulis Eliyahu dalam catatan di X.
“Tangan besi yang akan memukul mereka, adalah yang akan membawa keamanan dan sedikit keselesaan dan menguatkan keupayaan kita untuk hidup aman dengan mereka yang inginkan keamanan,” katanya.
Media antarabangsa hari ini melaporkan, Ismail dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran.
Pimpinan Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan Haniyeh dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Tehran.
Sementara itu, Al Jazeera melaporkan pengawal Revolusi Iran memaklumkan, Haniyeh terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.
Kenyataan sama menambah siasatan berhubung pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas itu akan diumumkan tidak lama lagi. Sinar
Menteri Israel gembira Ismail Haniyeh dibunuh
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
You must be logged in to post a comment.